loading...

Monday, 27 November 2017

Ibu Bunuh Diri Tak Mampu Beli Hadiah Kereta Untuk Pertunangan Anak

Seorang ibu di daerah Ningling, Henan, China, mengambil keputusan untuk membunuh dirinya kerana tidak berkemampuan membeli hadiah pertunangan untuk anak lelakinya seperti yang diminta oleh keluarga pengantin perempuan.

Sebelum majlis perkahwinan, keluarga pengantin perempuan berkata mereka mahu hadiah kereta. Malangnya, permintaan itu bukan sesuatu yang mampu diberikan oleh keluarga pengantin lelaki.

Selepas mendapat tahu permintaan itu, ibu pengantin lelaki tertekan dan mengalami kemurungan yang teruk, akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan melompat ke dalam sungai.

Dapat dilihat sekumpulan orang ramai menggerumuni mayat mangsa di tepi sungai dalam video ini.


Suami mangsa yang melihat mayat isterinya itu kemudian cuba membunuh dirinya dengan cara yang sama. Tetapi dia sempat diselamatkan oleh anak lelakinya dan polis.

Netizen tidak menyalah keluarga pengantin perempuan dengan alasan bahawa kereta bukanlah hadiah yang tidak masuk akal.

Sebaliknya ramai tertanya-tanya, mengapa beban membeli kenderaan tidak diberikan kepada pengantin lelaki dan mengapa dia tidak dapat menunggu sehingga keluarganya stabil untuk berkahwin.

“Saya menyalahkan anak lelaki pasangan itu. Jika  tak boleh berdikari dari segi kewangan, jangan kahwin,” kata seorang netizen.

Sumber: Shanghaiist

The post Ibu Bunuh Diri Tak Mampu Beli Hadiah Kereta Untuk Pertunangan Anak appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...