loading...

Thursday, 30 November 2017

‘Kamu Kahwin Melayu, Jadi Kamu Terpaksa Masuk Islam?’ – Penjelasan Lelaki Ini Buat Ramai Tergamam

Jika pernah dahulu tercetus isu tentang seorang gadis cina yang memeluk agama islam dan dipaksa menukarkan namanya, namun gadis berkenaan menolak kerana ingin menjaga hati ibu bapanya yang telah memberikan nama tersebut.

Isu tersebut menjadi hangat dikalangan orang islam. Namun begitu, sebenarnya itu bukanlah satu masalah, kerana menukar nama setelah menukar agama bukanlah sesuatu yang wajib.

Satu lagi kisah terbaru apabila saudara baru Adam Kelvin yang sudah memeluk agama islam selama 10 tahun setelah mengahwini isterinya yang beragama Islam.

Satu hari, saudara Adam Kelvin, mualaf yang dah peluk Islam selama 10 tahun nak beli jam tangan di kedai Mr Lim. Mr Lim sepertinya ragu-ragu terhadap status agama Adam dan memberanikan dirinya untuk bertanya. Dan sudah pasti dengan raut wajah Adam yang berwajah cina, tetapi beragama Islam membuatkan Mr Lim tertanya-tanya.

Kahwin melayu dan terpaksa masuk Islam

Ketika saya beli jam tangan, pemilik kedai, Mr Lim tanya saya. (Dialog dalam bahasa Cina, tapi saya terjemah ke Bahasa Melayu)

Image result for Tauke Kedai Jam Jumpa Mualaf Ni. Perbualan Mereka Buat Ramai Umat Islam Malaysia TERSENTAP

Lim: Kamu kahwin Melayu, jadi terpaksa masuk Islam?

Saya: Tak ada lah, saya dah masuk Islam 10 tahun yang lalu, kahwin baru 4 tahun. 🙂

Lim.: (muka terkejut), kamu kenapa masuk agama Melayu? Sebelum ini, kamu agama apa?

Saya: Saya buat kajian. Sebelum ini saya agama Kristian.

Kristian tidak baik ke?

Lim: Kenapa Kristian tak baik ke? Bukan semua agama ajar baik ke? Kenapa nak masuk agama Melayu?

Saya: Betul, semua agama ajar buat baik, tapi saya buat kajian untuk cari “kebenaran”. Jadi pada pendapat saya, Islam benar, sebab saya percaya di alam ni cuma ada 1 Tuhan sahaja.

Tapi, pada masa yang sama, Islam ajar kita hormat agama orang lain. 🙂

Kemudian, saya bukan masuk Melayu, saya masih boleh kekal budaya Cina saya. Islam semua bangsa ada, di China, bilangan Cina muslim sahaja sudah lebih daripada penduduk Malaysia. Di US pun ada muslim.

Lepas masuk Islam, masih boleh kekalkan budaya?

Lim: Oo, ya ke? Saya tak tau pun di China banyak muslim. Betul ke boleh kekal budaya? Kamu kahwin bukan terpaksa pakai baju Melayu ke?

Saya: Boleh buka Google cari “bilangan China muslim”.

Mana ada? (tunjuk gambar kahwin saya) saya kahwin pakai baju shamfu mah. (shamfu untuk lelaki, cheongsam untuk perempuan)

Wajib tukar nama ke?

Lim: (terdiam sekejap), hmmm… tapi bukan kamu wajib tukar nama ke?

Saya: (Tunjuk IC saya), tak ada lah, saya boleh kekal nama saya 100%, tak perlu tambah nama atau tukar nama pun, kemudian nama saya pada lesen kereta, bank dan sebagainya pun tak perlu tukar sebab saya tak tukar nama IC saya.

Nama saya Eh Jun Guang, saya pun baru dapat 1 anak, nama dia dalam surat beranak, Eh Soon Cong.

Lim: (muka terkejut sekali lagi). Oo kalau macam ni, senang nak masuk Islam. Tak ada la jadi isu besar.

Saya: Memang senang, cuma percaya Tuhan itu hanya 1 sahaja, lepas itu cuma lafaz: “I believe there is no god but Allah, and the Prophet Muhammad is the messenger of Allah.” 🙂

Tuhan nama Allah? Kenapa?

Lim: Tapi kenapa nama tuhan “Allah”, macam nama Melayu.

Saya: Ooo… bukan, “Allah” adalah bahasa Arab, dalam tulisan Arab, perkataan “Allah” datang daripada huruf “Al” maksud “The” & huruf “elah” maksud tuhan.

Jadi apabila gabung semua huruf akan jadi “Allah”.

So “Allah” means that “The Only One (God) to be Worshipped”.

Di negara Arab, orang Kristian guna “Allah” dalam kitab Bible mereka.

Lim: Oo saya rasa kamu bukan sahaja boleh jadi Maths Tutor, tapi kamu boleh jadi Islam Tutor yang ajar Islam. Banyak ilmu kamu mengenai Islam.

Saya: Tak ada lah, saya tak layak jadi ustaz, banyak ilmu Islam lagi saya perlu belajar. Saya punya specialise dalam Maths & Add Maths sahaja. 🙂

Lim: Haha. so nanti kamu boleh ajar anak saya Add Maths lah, tahun ini dia SPM.
Saya: Haha, ok, boleh 🙂

Lim: Saya bagi special discount untuk jam tangan ni sebab banyak info yang saya dapat hari ini daripada kamu. 🙂

Sebenarnya tidak salah jika ada segelintir mereka yang berlainan agama bertanyakan kita akan hal agama Islam. Jangan terlalu cepat melatah, mungkin sahaja mereka hendak mengetahui dan mengenali agama Islam dengan lebih baik. Terangkan sebaik-baiknya, mana tahu nanti mereka terbuka hati untuk memeluk islam.

Sumber: Eraviral.com

The post ‘Kamu Kahwin Melayu, Jadi Kamu Terpaksa Masuk Islam?’ – Penjelasan Lelaki Ini Buat Ramai Tergamam appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...