Jika selalunya kita melihat polis membuat rondaan dengan kereta ataupun motosikal. Tetapi sekarang dunia semakin canggih! Dubai akan mula menggunakan kenderaan terbang untuk memudahkan polis di negara mereka meronda.
Menurut Autoblog, polis di bandar Dubai akan menggunakan kenderaan terbang, atau hoverbikes, hasil kerjasama dengan syarikat Rusia, seperti yang dipamerkan di Gulf Information Technology Exposition.
Menurut laporan ABC, pihak polis Dubai akan mula menggunakan Scorpion dikawasan bandar kecil dan kurang kenderaan terlebih dahulu, sebelum meluaskan penggunaannya di kawasan-kawasan lain.
Nampaknya polis di Dubai tidak perlu susah-susah kejar perompak ataupun penjenanyah di lorong-lorong kecil, bawa saja kenderaan terbang, sampai hujung lorong saja terus tangkap penjenayah. Memang bunyinya sangat senang dan canggih!
Sumber: ERaFM , Autoblog
The post Berkelajuan 70Km/j, Polis Dubai Mula Guna Kereta Terbang appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment