Kes seperti merogol, merompak yang berkaitan dengan kongsi gelap bukan sesuatu yang baru lagi. Hal ini seterusnya akan menimbulkan kekacauan dan menganggu gugat ketenteraman orang awam khususnya rakyat malaysia sendiri.
Terasa seperti sudah tidak selesa berada di negara sendiri, sentiasa rasa takut dan sangsi. Sepatutnya negara yang dikatakan negara aman tidak mengalami masalah-masalah kronik seperti ini.
Kes rogol dan juga merompak bukanlah perkara kecil, ianya boleh mengancam nyawa mangsa, mungkin boleh terjadi kepada anak-anak kita, kepada adik beradik mahupun saudara mara kita. Kes seperti ini harus diambil serius.
Warga asing yang membanjiri negara kita sekarang adalah salah satu faktor banyaknya kes-kes jenayah di negara kita. Seharusnya pihak berkuasa lebih menitikberatkan akan hal warga asing yang semakin ramai memasuki negara ini.
Baru-baru ini, seorang wanita diculik dan dirogol sekumpulan kongsi gelap warga Myanmar di sebuah rumah di Selayang, Selangor, kelmarin, lapor Harian Metro.
Menurut sumber polis berkata, mangsa berusia 28 tahun menetap di Jalan City, Dengkil, diculik enam lelaki yang tidak dikenali di rumahnya pada jam 2.30 pagi menggunakan dua buah kenderaan MPV, Perodua Alza sebelum dilarikan ke Selayang.
Mangsa yang dikatakan mempunyai seorang anak berusia lima tahun dikurung di sebuah rumah dalam keadaan kaki serta tangan diikat bagi mengelakkannya melarikan diri.
Hasil maklumat yang diterima, mangsa diculik enam suspek berusia 30-an kerana suaminya enggan membayar wang perlindungan RM3,000 sebulan bagi mengelak diganggu sekumpulan samseng,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, mangsa turut dibogel dan dipukul sepanjang tempoh ditahan.
Mangsa yang merupakan pelajar di sebuah universiti swasta diseksa sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki yang tidak dikenali sehingga pengsan.
Mangsa hanya berjaya melarikan diri ketika semua suspek sedang tidur. Mangsa kemudian meminta bantuan orang ramai menghubungi bapa saudara sebelum dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa pernah melihat dua daripada lima suspek berkenaan yang seringkali menganggu keluarganya untuk meminta wang perlindungan.
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dengkil untuk tindakan lanjut.
Sumber: Hmetro
The post Kerana Tidak Membayar Wang Perlindungan, Isteri Dan Anak Diculik Dan Dirogol 5 Lelaki Myammar appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment