Kontroversi antara Zul Ariffin dengan Zahirah Mackwilson belum pun reda, sekarang timbul pula isu berkaitan hubungannya dengan bekas kekasihnya terdahulu GayatriSu-Lin Pillai.
Ada yang mengatakan ternampak mereka bersama-sama keluar dari sebuah hotel, dan itu menjadi tanda tanya bahawa adakah mereka kembali menjalinkan hubungan cinta?
Atas dasar kerja
Zul menjelaskan persoalan tersebut dengan memberitahu kepada Berita Harian hubungannya dengan Gayatri bersifat profesional, tidak lebih dari seorang pelakon dan penerbit sambil mengakui mereka masih mengekalkan perhubungan yang baik walaupun telah berpisah.
Kata Zul, kebanyakan masa diluangkan bersama Gayatri adalah atas dasar urusan kerja, lebih-lebih lagi sekarang bagi pembikinan filem, Hantu Kak Limah 2017. Gayatri difahamkan menyumbang sebagai penerbit bagi filem berkenaan yang kini sedang menjalankan penggambaran di Taiping, Perak. Jadi rasanya tidak ada keriausan tentang hubungan mereka, kerana mereka bersama-sama menjayakan filem berkenaan.
Kata Zul lagi,
“Gayatri sebagai penerbit eksekutif filem berkenaan, jadi hubungan kami adalah atas dasar kerja. Kami pun memang baik sejak dulu lagi. Saya dan Gayatri juga bersikap profesional ketika bekerja.”
“Saya kecewa dengan dakwaan kononnya ada pihak melihat kami berdua di hotel, seolah-olah menuduh kami tidur sebilik. Sedangkan pelakon, pengarah, kru produksi dan pihak media massa ditempatkan di hotel sama.”
Maruah tercalar
Tambah Zul,
“Apabila gosip ini tersebar, ia sedikit sebanyak mencalarkan maruah saya. Mana mahu letak muka, kebetulan saya pula menjalani penggambaran di kampung halaman sendiri.”
Beliau juga rasa sangat kesal kepada segelintir netizen,
“Saya kesal dengan tindakan mereka yang tidak menghormati privasi saya kerana ia secara tidak langsung boleh membahayakan keselamatan saya.
Selain dakwaan itu tidak benar, apa yang dilakukan juga melanggar hak peribadi kerana nombor kereta saya juga sudah diketahui umum.”
Sumber: Bharian.com.my
The post ‘Saya Dan Gayatri Bertemu Atas Dasar Kerja’ – Zul Ariffin appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment