Seorang wanita Argentina, Brenda Barattini yang berusia 26 tahun ditahan selepas memotong kemaluan kekasihnya dengan gunting kebun.
Wanita berkenaan yang bekerja sebagai arkitek menyerang mangsa berusia 40 tahun di kediaman mereka di Cordoba ketika mangsa sedang tidur dan kemudian menghubungi pihak hospital.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital selepas kehilangan banyak darah, namun keadaannya dilaporkan stabil. Polis kemudian menahan Barattini dan Brenda mengaku melakukan perbuatan jenayah itu.
Tidaklah diketahui kejadian sebenar namun polis tidak percaya bahawa Barattini tinggal di rumah mangsa sebelum melakukan serangan. Sebaliknya, polis percaya Barattini menceroboh masuk ke rumah mangsa pada awal pagi sebelum menyerangnya.
Polis dikatakan telah menahan Brenda dan sedang menyiasat motif Barattini melakukan serangan itu.
Sumber: Daily Mail , The Sun
The post Wanita Potong Kemaluan Teman Lelaki Dengan Gunting Kebun appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment