Fazura berkata dia tidak tahu bagaimana hatinya boleh terbuka apabila bertemu Fattah dan mengakui dia seorang wanita degil dan tidak berfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Ini memandangkan dirinya seorang wanita berkarier dan fokusnya tertumpu pada karier seni sahaja.
“Saya memang seorang wanita yang sangat degil dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat.
“Tapi apabila bertemu dengan Fattah dan mengenali dia, hati saya terbuka. Saya nampak masa depan dengan dia. Dia melamar dan saya menerima,” kata Fazura.
Mereka telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah di Makkah pada 15 November lalu. Difahamkan lagi, majlis resepsi akan diadakan pada tahun depan.
The post Rahsia Bagaimana Fattah Amin Tawan Hati Fazura Yang Degil appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment