loading...

Sunday 26 November 2017

Kelakuan Nabila Huda Yang Kelihatan Berjalan Kengkang

Antara ramai-ramai artis malaysia yang mempunyai perangai gila-gila dan happy Go Lucky siapa lagi kalau semua itu tidak dikaitkan dengan pelakon hebat dan anak perempuan kepada penyanyi rock Amy Search iaitu Nabila Huda.

Nabila huda atau dengan panggilan manjanya sebagai Abil. Terbaru ini Abil bila rakan artis dan adik kepada Erma Fatima iaitu Betty Rahmad telah memuat naik satu video di laman instagram miliknya.

Menerusi video yang dimuat naik tersebut, jelas kelihatan Abil sebaik sahaja keluar dari pesawat itu, seolah-olah tidak boleh berjalan dengan betul. Apa yang menarik perhatian dalam kandungan video berkenaan, malah Abil juga turut menunjukkan perangai gila-gilanya yang kelihatan berjalan seperti ‘Zombi’ hingga buat orang yang menonton video itu tidak kering gusi kerana tergelak dengan kerenahnya.

Video yang telah dimuat naik oleh Rakan artisnya, Betty Rahmad.

Ada segelintir netizen bila melihat video itu, tersenyum sendiri. Walaupun video ni simple, tapi sudah mampu untuk mengukirkan senyuman bila melihatnya.

Kebanyakkan peminat ada juga memberi komen tentang video berkenaan apabia melihat telatah Abil ketika itu boleh menghidupkan hari-hari yang suram dan mereka juga turut mendoakan kerjaya Abil dalam lakonan terus berjaya.

Walau bagaimanapu, serba sedikit kita boleh tersenyum dan ketawa bila menonton video berkenaan. Doakan kerjaya Abil terus berjaya dalam bidang seni.

Sumber: Eraviral.com

The post Kelakuan Nabila Huda Yang Kelihatan Berjalan Kengkang appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...