loading...

Sunday 26 November 2017

4 Jenis Buah-Buahan Ini Hanya Terdapat Di Sabah & Sarawak

Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikannya, baik dari segi kebudayaan, tradisi, adat resam dan kaya dengan pelbagai hasil alam floranya. Jika anda menetap di Sarawak, anda dapat merasa keharmonian disana.

Walaupun berlainan agama dan bangsa, mereka mempunyai hubungan yang erat seperti saudara sendiri. Boleh duduk semeja dan berborak seperti tiada apa yang boleh menghalang perhubungan mereka.

Sarawak juga terkenal dengan Kekayaan hasil bumi, ini boleh dilihat dari segi kepelbagaian jenis buah-buahan yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Jika anda melawat ke serawak, anda akan berjumpa dengan buah-buahan unik yang tidak mudah ada di Malaysia, antaranya ialah:

Buah Dabai

Buah dabai yang sudah masak biasanya berwarna kehitaman, sebelum masak, buah dabai berwarna putih. Warna kehitaman itu juga petanda bahawa ia sudah boleh dipetik daripada pokoknya.

Buah dabai agak kerasa, untuk memakannya, anda perlu merendamnya ke dalam air panas untuk seketika dan biarkan buah tersebut lembut. Ia boleh dimakan dan anda juga boleh memilih untuk mencicahnya dengan garam atau kicap bercampur gula bagi menambahkan lagi rasanya.

Apa yang lebih menarik tentang buah dabai atau nama saintifiknya Canarium Odontophyllum yang juga punyai jolokkan buah zaitun Sarawak, ia didapati kaya dengan kandungan antioksida yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Penerokaan potensi buah dabai juga membawa kepada penghasilan dan pengeluaran pelbagai produk komersial seperti ais krim dabai, sos pencicah dabai dan sebagainya.

Buah Bambangan @ Buah Mawang

Buah unik ini hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Haruman buah bambangan yang sudah masak ini cukup kuat sekali. Seseiapa yang menghidu baunya pasti terpikat!

Buah ini mempunyai kulit yang tebal dan isinya pula berwarna kuning keemasan. Buah bambangan yang sudah masak boleh dimakan terus. Isinya cukup manis dan harumannya akan berikan kepuasan kepada siapa-siapa saja yang menikmatinya.

Ada juga yang memakan buah ini dengan mencecahnya dengan kicap, garam atau sambal serta dibuat jeruk. Memang sedap!

Buah Tarap @ Buah Lumuk

Buah tarap atau buah lumuk sememangnya digemari oleh warga Borneo kerana aroma isi buahnya. Pokok buah ini banyak didapati di Sabah dan Sarawak.

Buah tarap mempunyai lapisan kulit berduri yang menyerupai buah Cempedak, jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda mneyangkakan ianya adalah buah cempedak. Malah isinya juga seolah-olah menyerupai buah cempedak. Tetapi rasanya agak berjauhan bezanya dibandingkan cempedak. Kerana ianya terasa sangat manis dan berlemak!

Durian Merah atau Pakan

Sekiranya di Semenanjung Malaysia terkenal dengan durian Musang King, di Sabah dan Sarawak pula kita terkenal dengan durian yang punyai isi berwarna oren yang dinamakan sebagai durian Pakan atau durian merah.

Durian pakan ini terkenal dengan keunikkan dan juga keenakkannya. Durian pakan ini tumbuh liar di hutan dan ia biasanya berbuah serentak dengan musim durian di Sabah dan Sarawak.

Sumber: Borneodihati.org

The post 4 Jenis Buah-Buahan Ini Hanya Terdapat Di Sabah & Sarawak appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...