Ada sesetengah daripada kita sangat gemar makan dengan laju. Antara faktornya ialah kesuntukkan masa, tetapi ianya hanyalah alasan semata-mata, jika benar anda sayangkan nyawa anda, anda harus mengambil berat akan cara pemakanan anda, kerana ianya mempengaruhi kesihatan anda,
Risiko untuk individu menghadapi penyakit seperti sakit jantung, strok dan diabetes boleh diukur melalui pengamatan terhadap cara seseorang itu makan, sama ada laju atau perlahan. Mungkin ianya seperti tiada kaitan, namun itulah hakikat yang anda perlu tahu dan ianya adalah pengetahuan yang sangat penting untuk anda.
Seseorang yang makan dan kunyah secara perlahan dapat membantu melambatkan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan tahap kolestrol tidak normal. Dan kerana itu, sunnah Rasulullah sendiri menggalakkan kita mengunyah sebanyak 40 kali dan makan secara perlahan-lahan. Sememangnya Rasulullah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Dan ianya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri.
Tahukah anda bahawa jika seseorang itu makan terlalu laju atau cepat, ia boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik yang memungkinkan berlaku rintangan terhadap insulin.
Hasil penyelidikan yang yang dibentangkan di simposium American Heart Association Scientific Sessions 2017 menunjukkan bahawa makan dengan lebih perlahan berupaya menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan.
Satu kajian telah dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Hiroshima, Jepun ke atas 624 lelaki dan 441 wanita dengan usia purata 51.2 tahun yang tidak mempunyai sindrom matabolik, pada 2008. Mereka membahagikan kumpulan lelaki dan wanita ini kepada tiga kategori kepada cara mereka makan sama ada lambat, biasa atau cepat.
Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 11.6 peratus lebih cenderung mengalami sindrom metabolik jika makan dengan laju berbanding makan secara biasa iaitu 6.5 peratus dan 2.3 peratus untuk mereka yang makan dengan perlahan.
Selain itu, makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.
Manakala jika seseorang itu makan dan kunyah dengan perlahan, ia membolehkan otak menerima isyarat kenyang yang mana anda cenderung untuk berhenti makan sebelum kekenyangan.
Berbeza dengan mereka yang makan dan kunyah dengan laju, individu ini cenderung untuk tidak berasa kenyang dan berkemungkinan untuk makan lebih banyak.
Sumber: The Independent UK
The post Makan Terlalu Laju Boleh Mengakibatkan Berat Badan Naik, Strok, Sakit Jantung Dan Kencing Manis appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment