loading...

Thursday, 30 November 2017

Doa Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia

Mendoakan kedua orang tua adalah suatu perkara harus bagi setiap anak tak terkecuali jika orang tuanya telah meninggal dunia.

Doa seorang anak yang soleh merupakan suatu hal yang tidak akan terputus kepada orang tuanya.

Dengan cara apa kita mendoakannya? Bolehlah dengan cara mendoakan sambil menziarah ke kuburnya, atau di rumah atau setelah kita melaksanakan solat.

Doa seorang anak adalah pemberian yang paling berharga yang ditunggu-tunggu oleh roh arwah ibu ayah yang telah pulang ke rahmatullah.

Oleh kerana itu, jangan sesekali lupa untuk berdoa dan sedekahkan kepada mereka berdua. Doa seorang anak soleh kepada arwah bapanya adalah amalan yang dapat membantu dan boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

Di sini kami sediakan doa untuk dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang bapanya telah meninggal dunia sebagai amalan harian.

Sumber: Wikimalaya , TVCeramah.com , Rukun-islam.com

The post Doa Untuk Orang Tua Yang Sudah Meninggal Dunia appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...