Bagi yang mengikuti perkembangan Abby Abadi dan Norman Hakim di Instagram, pasti anda rasa kagum dengan perkembangan mereka. Seolah-olah tidak pernah berlaku sengketa antara mereka.
Walaupun kedua-duanya sudah pun berumahtangga dan memulakan hidup baru, mereka sama-sama tidak melepaskan tanggyngjawan kepada anak-anak mereka.
Malam semalam, Abby Abadi memuat naik foto kandungan perbualan antara dia dan anaknya Danish. Tapi tanpa disangka-sangka rupanya Norman Hakim yang mengirim teks tersebut.
“Buat hal memalam ?
.
Terkejut kita dpt whatspp dari hp Danish.. Aaikkk tak gi sekolah ke? Main hp lagi ?
.
Sekali Oman la.. dajeiii sungguh memalam ni HAHHAHAA ???
.
PS: Terima Kasih ye @normanhakim_786 antar anak2 balik sekolah lambat. Awakkan ada share dgn sekolah dorang. Tahniah! Lain kali buat lagi ???
Abby Abadi terima foto melalui whatsapp dari Danish kira-kira pukul 10.44 malam. Bagi Abby, itu merupakan waktu tidur untuk Danish kerana sudah lewat malam.
Rupa-rupanya Norman Hakim menggunakan handphone Danish untuk menyakat Abby Abadi. Paparan skrin diatas telah dimuat naik oleh Abby Abadi di Instagram dan membuatkan netizen terhibur.
Ini komen balas dari Norman Hakim;
Rata-rata netizen terhibur dan memuji sikap positif mereka
Mereka boleh dijadikan sebagai contoh, ibu bapa yang sudah terpisah tidak semestinya perlu bermasam muka dan bermusuh. Tetapi demi anak-anak, ibu bapa harus buang ego dan berbaik. Jangan disebabkan masalah peribadi, anak-anak menjadi mangsa.
Sumber: Ohbulan.com
The post Abby Abadi Menerima Kiriman Whatsapp Tengah Malam, Fikirkan Dari Anaknya, Rupanya Dari Norman Hakim, Perbualan Mereka Mencuit Hati Netizen appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment