loading...

Thursday 30 November 2017

Fattah Amin Hadiahkan Peugeot 408 e-THP Buat Ibu Bapa

Bak kata orang ramai, selagi ibu bapa masih ada, berbaktilah sebaiknya. Contoh anak yang baik adalah Fattah Amin. Pada Mei lalu, Fattah Amin telah merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.

Nak dijadikan cerita, pelakon lelaki ini baru saja menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP sebagai kerana berjaya merangkul trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.

Sempena dengan kejayaan tersebut juga, Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya.

“Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” jelasnya kepada BH Online.

Perjalanan seni masih jauh buat Fattah dan pastinya hari mendatang akan lebih mencabar buat pelakon lelaki ini.

Semoga Fattah akan terus menyinari dunia hiburan tanah air dan mampu mengekalkan sikap yang baik dan seorang selebriti yang berdisiplin.

Sumber: Rotikaya.com , BH Online

The post Fattah Amin Hadiahkan Peugeot 408 e-THP Buat Ibu Bapa appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...