loading...

Thursday, 30 November 2017

Model Wanita Berkulit Hitam Paling Cantik, Kulit Halus Seperti Barbie

Bila sebut sahaja model, sudah pasti anda membayangkan seorang wanita jelita yang berkulit putih, tinggi lampai dan juga memiliki tubuh badan yang sangat menarik.

Jarang sekali kita mendengar tentang model berkulit hitam. Tetapi di luar negara, banyak model-model yang jelita dari kalangan wanita berkulit hitam dan ramai dikalangan mereka sangat popular berbanding model berkulit putih.

Model jelita dan unik berasal dari Sudan, Nyakim Gatwech lebih dikenali sebagai “Queen Of Dark” yang telah menjadi viral kerana memiliki kulit yang sangat gelap namun itu tidak membataskan dirinya untuk menjadi seorang model.

Bukan sahaja memiliki warna kulit yang gelap, tetapi juga raut wajah yang sangat jelita, kulitnya yang sangat halus dan licin bahaikan barbie. Ianya dianggap sesuatu yang unik.

Nyakim pernah ditanya jika mahu mencerahkan warna kulitnya yang gelap itu dengan menawarkan wang berjumlah 10 ribur dollar, namun tanpa rada ragu-ragu dia menjawab tidak.

Baginya, memiliki kulit gelap adalah satu anugerah yang tidak ternilai dan tidak perlu mengubah apa-apa. Dia bersyukur dengan apa yang telah tuhan berikan padanya malah tidak menghiraukan mereka yang membuli dirinya kerana warna kulitnya yang agak luar biasa.

Sumber: Taikotai.tv

The post Model Wanita Berkulit Hitam Paling Cantik, Kulit Halus Seperti Barbie appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...