Pada zaman kini, kebanyakkan penyakit kronik banyak yang menimpa masyarakat. Malah kini sudah banyak yang menghidapi penyakit kerosakkan rahim yang melibatkan banyak wanita yang bukan sahaja pada golongan 40-an malah ia juga dihidapi oleh wanita seawal umur 20-an.
Kini penyakit kerosakan rahim juga boleh dikesan jika terdapat ahli keluarga yang menghidapi penyakit berkenaan. Maka anak perempuan itu berkemungkinan besar akan menghidapi penyakit yang sama seperti ahli keluarga yang pernah menghidapi penyakit kerosakkan rahim.
Dr Hamid Arshat selaku pakar sakit puan berkata mengenai hakikat yang mengerikan ini ujarnya “Suatu ketika dahulu, penyakit pertumbuhan di bahagian rahim, iaitu Fibroids dan juga Adenomyosis yang menimpa golongan wanita berusia 40-an.”
“Zaman sekarang, dalam umur 20-an pun sudah menghidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar ketumbuhannya.”
Permulaan tanda-tanda yang akan ditunjukkan bagi penghidap penyakit Adenomyosis ini adalah mengalami sakitnya sengugut. Ia juga selalu didahulukan dengan penyakit Edometriosis. Endometrriosis ini adalah merupakan tisu-tisu dari darah haid (Endometrium) yang akan tumbuh di kawasan luar rahim. Manakala Adenomyosis pula merupakan tisu-tisu yang tumbuh di bahagian dalam rahim.
Tanda-tanda lain yang boleh dilihat bila menghidapi penyakit berkenaan adalah apabila mengalami pendarahan yang terlampau banyak ataupun secara berpanjangan. Simptom itu juga seiring dengan penyebab sukarnya untuk hamil, sering mengalami keguguran ataupun mandul.
Penyakit Fibroid adalah sering tiada tanda gangguan ataupun gejala. Kebanyakkan wanita yang hamil akan melahirkan anak tanpa sebarang gangguan.
Ada juga pesakit akan dapat dikesan tanpa sengaja ataupun secara kebetulan sebagai contohnya datang untuk membuat pemeriksaan bagi tujuan yang lain.
Terdapat pendarahan yang dialami oleh segelintir pesakit dan selain itu mereka juga mengalami kesakitan, keguguran,sukar untuk membuang air kecil dan membuang air besar.
Disebabkan itu juga, kedua-dua jenis ketumbuhan ini berpunca dari faktor keturunan ataupun baka yang boleh melibatkan anak-anak perempuan penghidap juga mempunyai risiko yang besar. Maka hendaklah selalu berwaspada.
Jika anak-anak perempuan anda mengalami sengugut ataupun mempunyai gangguan ketika pendarahan ataupun edaran darah haid, maka adalah lebih baik jika anda melakukan ultrasound scan perut terlebih dahulu. Itu kerana ia bertujuan untuk memeriksa jika ada mengalami permasalahan peranakan dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyakit berbahaya berikut.
Terdapat juga cara-cara lain yang boleh diamalkan untuk mencegah penyakit berbahaya berkenaan. Para ibu juga seharusnya memainkan peranan penting dan sematkan tabiat pemakanan yang sihat semasa anak-anak masih kecil
Pengambilan makan buah-buahan ini juga amat penting. Jika anak tidak mahu, ibu bapa mesti emmaksa anak-anak untuk mengambil pemakanan yang berkhasiat dan juga berzat tinggi.Anak-anak perempuan pula seharusnya diterapkan untuk makan banyak sayur-sayuran dan tak terkecuali buah-buahan.
Kurangkan pengambilan makanan ringan seperti keropok. Kebanyakan para ibu bapa memandang remeh tentang perkara sebegini kerana jika anak-anak inginkan sesuatu dan memberontak menangis untuk makanan ringan, ibu bapa dengan memilih jalan pintas terus membelikan untuk anak-anak sebagai cara untuk memujuk.
Akibat dari pengambilan makanan ringan secara berlebihan, ini juga adalah punca utama terjadinya kegemukan dan pada masa yang sama ia melemahkan sistem imun anak-anak. Permasalahan itu adalah penyebab anak-anak ditimpa bermacam-macam jenis penyakit.
Oleh itu para ibu bapa haruslah memulakan cara hidup sihat dari sekarang, agar tiada permasalahan yang akan mendatang.
Sumber: Mingguanwanita.my
The post Selalu Mengalami Sengugut Tandanya Permulaan Susah Untuk Mengandung Dan Ramai Wanita Berumur 20-an Ada Kerosakan Rahim appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment