loading...

Thursday 11 January 2018

Amalkan Petua Ini Jika Tidak Mahu Bulu Ketiak Tumbuh Dengan Cepat

Kebanyakkan masyarakat diluar sana sudah pasti rasa malu dan jijik jika terlihat tanpa sengaja segelintir orang memiliki bulu ketiak yang panjang.

Malah ada yang dengan bangganya mempamerkan bulu ketiak yang lebat. Bagi lelaki pula, memanglah tidak akan buang rezeki bila tengok perempuan cantik, bila angkat lengan berjuntai-juntai bulu ketiak. Apa gunanya cantik kalau tidak pandai jaga kebersihan diri.

Masalah bulu ketiak ini sering membuatkan para wanita merasa kurang keyakinan diri. Bila pilih nak pakai baju apa mesti akan rasa pelik dan sudah pasti akan timbul pelbagai perasaan selepas itu.

Namu kini sudah terdapat banyak cara untuk menghilangkan bulu ketiak sebagai contohnya secara waxing. Walaupun sakit, mereka sanggup berhabisan duit untuk hilangkan bulu ketiak. Mungkin anda tidak tahu, kaedah tradisional juga boleh diamalkan agar bulu ketiak tidak tumbuh dengan mendadak.

Terdapat dua bahan semulajadi yang boleh anda gunakan sebagai cara untuk memperlambatkan pertumbuhan bulu ketiak. Tak sabar untuk tahu? Mari sini baca sehingga habis.

Bahan-bahan:

Anda hanya perlu mencampurkan sebanyak satu sudu teh betik yang masih muda. Kemudian 1/2 sudu teh serbuk kunyit.

Cara-caranya:

Campurkan kedua-dua bahan tadi sehingga rata dan sebati. Selepas selesai, sapukan ke bahagian ketiak secara lembut dan rata. {astikan terkena ke semua bahagian yang kerap ditumbuhi bulu.

Biarkan sapuan tadi selama 15 minit setelah cukup masa, anda bolehlah bilas atau cuci dengan mengunakan air sehingga bersih.

Khasiat buah betik ini kerana ia mempunyai enzim yang sangat aktif yang berfungsi memusnahklan folikel rambut dan pada masa yang sama akan memperlambatkan proses pertumbuhan.

Amalkan rutin rawatan ini selama seminggu sekali dan jika anda mengamalkannya secara konsisten anda boleh lihat hasil yang memuaskan tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak semata-mata untuk bulu ketiak.

Jika memiliki ketiak yang bebas dari bulu, sudah pasti keyakinan untuk bersemuka dengan orang ramai semakin meninggi.

Ada juga perbezaan hasil pada setiap individu. Ini kerana setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza. Semua itu tergantung pada jenis kulit juga. Selamat mencuba.

Sumber: Vemale.com

The post Amalkan Petua Ini Jika Tidak Mahu Bulu Ketiak Tumbuh Dengan Cepat appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...