Bagaimamapun rupa bentuk tubuh yang anda miliki, semuanya baik sempurna. Namun, menurut sebuah kajian, bentuk tubuh tertentu mempunyai kelebihan tersendiri kerana kecenderungan lebih sihat berbanding yang lain.
Kajian yang memetik Reader’s Digest, mengatakan ukuran pinggul dan punggung yang besar bertindak untuk menghalang lemak menuju organ-organ dalaman seperti jantung dan paru-paru.
Dikatakan juga bahawa bahagian organ tubuh tersebut lebih terlindung dari timbunan lemak. Ukuran punggung yang besar juga memiliki risiko lebih kecil daripada terkena serangan jantung, stroke dan kencing manis.
Menurut Dr. Norbert Stefan, pakar diabetes di University of Tübingen, Jerman berkata mereka yang memiliki bentuk tubuh seperti buah pear cenderung mempunyai sel penyimpanan lemak yang lebih sihat berbanding tubuh mereka yang berbentuk buah epal.
“Lemak yang cenderung disimpan di punggung dan sekitarnya dan bukan di bahagian perut, tidak akan mengganggu organ dalaman,” ujar Dr. Stefan.
Lemak yang berada di pinggul, paha dan punggung memiliki fungsi berbeza dengan lemak yang ada di dalam perut iaitu lemak visceral dimana ia cenderung untuk mengeluarkan asid yang tidak baik untuk sistem peredaran darah kita. Yang penting seseorang perlu menjaga pola makanan yang betul dan meluangkan masa untuk bersenam.
The post Wanita Punggung Besar Usia Lebih Panjang – Kajian appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment