loading...

Thursday 11 January 2018

Tomato Dan Epal Boleh Sembuhkan Paru-Paru Perokok Tegar – Kajian

Tahukah anda tomato dan juga buah epal boleh membantu untuk menyembuhkan keadaan paru-paru yang sudah rosak akibat dari tabiat kuat merokok.

Mengikut kajian saintis iaitu Johns Hopkins Blooberg School Of Public Health telah menyatakan tentang pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal dan juga tomato juga boleh membantu menyembuhkan paru-paru yang sudah rosak berpunca dari rokok dan ia juga pada masa yang sama boleh melambatkan proses penuaan secara semulajadi.

Menurut kajian pakar, antara buah-buahan yang baik adalah pengambilan buah tomato dn juga epal kerana kedua-dua buah itu dapat memberikan kesan yang sangat bagus kerana kandungan buah itu juga dapat membantu untuk membaik pulihkan kerosakan paru-paru akibat suka merokok.

Mungkin selama ini kita hanya berfikir tomato hanya boleh dibuat untuk mencantikkan kulit muka dan epal adalah satu makanan yang berkhasiat. Mari kita ambil tahu lebih terperinci lagi tentang kebaikan kedua-dua buah-buahan ini.

Kajian juga turut menunjukkan bukti bahawa bekas perokok yang tegar yang banyak mengamalkan makan buah-buahan dan juga tomato dan paling penting buah epal juga dapat memperlambatkan penurunan fungsi paru-paru selama 10 tahun lamanya.

Para saintis juga menyatakan golongan dewasa perlu mengambil pemakanan jenis tomato sebanyak dua biji ataupun lebih daripada tiga maksimumnya pada setiap hari untuk mendapatkan manfaat dan kesan yang lebih baik.

Kebaikan tomato dan juga epal adalah amat baik untuk seorang yang merokok dan mengikut kajian orang dewasa yang mengamalkan makan buah-buahan berkenaan adalah paru-paru mereka akan berfungsi lebih baik tidak kira mereka itu merokok ataupun tidak.

Pembantu Profesor dari jabatan kesihatan Antarabangsa Bloombergyang dikenali sebagai Vanessa Garcia Larsen telah menulis satu kajian utama dan berkata bahawa, ‘Kajian ini menunjukkan bahawa diet juga boleh membantu memperbaiki kerosakkan yang ada pada paru-paru mereka yang sudah berhenti dari merokok.

Kajian itu juga turut menunjukkan bahawa dengan diet cara pemakanan buah-buahan ini juga boleh melambatkan proses penuaan secara semulajadi walaupun seseorang itu tidak pernah merokok. Ini juga merupakan salah satu sokongan pada keperluan diet dan terutama sekali bagi seseorang yang mendapat risiko yang besar seperti penyakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) atau penyakit masalah pernafasan.

Teerdapat sepasukan ahli kaji yang menyelidik tentang fungsi paru-paru yang dihidapi oleh lebih dari 650 yang dihidapi oleh golongan dewasa pada tahun 2002 yang telah mengunaklan prosedur spirometri iaitu merupakan satu prosedur yang mengkaji keupayaan paru-paru demi mendapatkan bekalan udara. Pengkaji juga turut mengambil kira-kira dua ukuran standard dari setiap pesakit iaitu dengan keupayaan mereka menyedut dan juga menghembuskan nafas.

Diet keseluruhan mereka juga dinilai kepada 10 tahun kemudiannya. Paru-paru mereka juga akan diuji untuk sekali lagi bagi mengetahui fungsi paru-paru mereka masa itu. Akan lebih mudah untuk melihat hubung kait diet dan berfungsinya paru-paru. Dalam amsa tempoh panjang selama 10 tahun itu, bekas perokok tegar seharusnya makan lebih banyak buah epal dan juga toma jika menginginkan paru-paru mereka baik seperti sedia kala.

“Fungsi paru-paru mula menurun pada umur 30 tahun pada kelajuan berubah-ubah bergantung kepada kesihatan umum dan spesifik individu,” kata Garcia-Larsen.

Mengikut kajian kami, ia juga menunjukkan kesan yang positif jika makan lebih banyak buah-buahan secara kerap dan ia juga dapat membantu untuk mengurangkan penurunan fungsi paru-paru akan melanda seseorang yang sudah lanjut usianya. Ia juga dapat membantu untuk membaik pulih kerosakkan yang ada pada paru-paru kerana disebabkan tabiat merokok. Denagn cara pengambilan diet yang sihat, ia juga boleh menjadi salah satu cara untuk mengurangi perningkatan dianosisi COPD diseluruh dunia.

Bagi perokok tegar diluar sana yang mempunyai niat untuk berhenti dari tabiat meroko, anda bolehlah mengamalkan makan buah epal dan tomato dari sekarang. Mengamalkan gaya hidup sihat demi kepentingan dan kesihatan sendiri tiada ruginya. Oleh itu bermulalah dari sekarang sebelum anda menyesalinya di kemuadian hari. Selamat mencuba!

Sumber: Worldofbuzz.com

The post Tomato Dan Epal Boleh Sembuhkan Paru-Paru Perokok Tegar – Kajian appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...