Achey merupakan pelawak yang namanya mula melonjak naik semasa menyertai Maharajalawak dan pada masa yang sama dia juga turut meluahkan perasaan terkilan dengan segelintir netizen yang terlalu bijak membuat andaian sendiri yang mengatakan isterinya yang tercinta seorang yang mandul kerana sehingga saat ini mereka belum lagi dikurnia cahaya mata meskipun sudah tujuh tahun mendirikan rumahtangga.
Achey juga malas untuk melayan sikap segelintir netizen dan sedikitpun tidak terasa hti dan berdendam atas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan isteri malah dia lebih berfikiran positif dalam menangani permasalahan berkenaan.
Menurut Achey juga, sebelum ini juga dia sudah kerap dilemparkan dengan kata-kata negatif dan dia juga sudah lali dengan semua kata-kata masyarakat di luar sana.
“Jagalah mulut apabila beri komen jangan sesuka hati tuduh orang mandul. Mungkin mereka tidak pernah merasa apa yang kami lalui.
“Saya dan isteri sebenarnya tidak kisah kerana pada usia perkahwinan kami tiga tahun lagi macam-macam orang cakap. Cuma janganlah cakap ikut suka saja.
“Takut nanti perkara itu berbalik pada diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri mungkin pada anak, adik-beradik atau saudara-mara.
Ujar Achey lagi, dia menerima perkara ini dan menganggap semua yang terjadi ini sebagai sebuah ujian dari Allah Swt dan pada masa yang sama juga, dia tidak akan pernah berputus asa dalam mencari cara lain untuk rawatan mendapatkan cahaya mata.
“Sama seperti orang lain, kami juga menyimpan hasrat mempunyai anak. Saya dan isteri ada pergi ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan.
“Isteri saya juga pergi berurut dan kami jalani kehidupan lebih sihat dengan jaga pemakanan. Kami tetap positif dan menganggap ini sebagai ujian dari Allah.
“Ada yang diberikan kesenangan tetapi bukan kebahagiaan dengan anak tetapi ada juga merasai kegembiraan ada zuriat sendiri namun kurang dari segi kewangan,”
Apabila ditanya tentang perjalanan hidupnya setelah bergelar anak seni kebelakangan ini, Achey telah mengakui yang dia menerima semua komen-komen yang positif dari para peminat.
Kebanyakkan netizen menghantar kata-kata semangat kepada Achey menerusi laman Instagram.
“Saya berterima kasih kepada semua peminat dan penonton Di Balik Tawa kerana memberi komen positif dan mendoakan kesejahteraan kami.
“Mungkin usia perkahwinan kami baru tujuh tahun tetapi saya juga merasai apa yang dirasai oleh mereka yang sudah lama menunggu cahaya mata. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan,” katanya.
Walau apa pun yang berlaku, diharap Achey dan isteri terus kuatkan semangat dan bersabar. Mungkin belum rezeki untuk menimang cahaya mata. Mungkin masa yang mendatang rezeki yang lain akan tiba.
Sumber: Mynewshub.cc
The post Jangan Membuat Andaian Sendiri – Achey Bocey appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment