loading...

Sunday 14 January 2018

Tips Untuk Kekal Kurus dan Langsing, Walaupun Selepas Melahirkan Anak, Perkongsian Dari seorang Yang Bergelar Ibu

Sudah menjadi idaman setiap wanita untuk sentiasa kelihatan langsing dan kurus walau apa jua keadaan sekalipun. Berat badan bertambah juga menjadi kerisauan para wanita. Lagi-lagi kepada wanita yang baru sahaja melahirkan anak. Perkara kenaikan berat badan yang menyebabkan kegemukan itu selalu berlegar-legar di ingatan. Wanita mana yang mahu kelihatan gemuk. Takut nanti suami pergi cari perempuan lain.

Bagi wanita yang sudah mengandung ataupun yang sudah berbadan dua ini, perkara yang menjadi keresahan mereka adalah apabila berat badan semakin bertambah. Bak kata orang, biar berat yang bertambah, asalkan keadaan anak yang dilahirkan itu sentiasa sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kerana susu yang mencukupi.

Jika anda yang sudah bergelar seorang ibu yang tidak mahu kekeringan air sus dan pada masa yang sama juga berat badan tetap kekal seperti anak dara. Mari kita ikuti tips-tips yang telah diberikan ibu ini. Pasti tidak akan menyesal.

Tips-tips ini khas untuk ibu-ibu di luar sana dan juga yang bakal menjadi seorang ibu

Untuk pengetahuan anda, gambar yang di sebelah kiri itu di ambil pada tahuun 2016 manakala gambar di sebelah kanan pada tahun 2017 ketika itu saya sedang memegang anak saya Ayra. Ceritanya berbula begini. Selepas saya melahirkan anak lelaki saya Adam, keadaan berpantang saya berjalan dengan lancar dan berat badan saya turun dengan banyak sekali. Memang kurus mendadaklah. Tetapi lain pula jadinya bila saya habis saja berpantang, berat badan saya naik secara cepat sangat.

Mesti anda ingin tahu kenapa berat badan saya naik kan? Semua itu disebabkan saya dah tak makan makanan masa pantang lagi lepas 44 hari ( Tapi saya berpantang adam 30 hari saja). Apa lagi saya main makan semua yang ada tanpa fikir apa-apa kesan. Sepatutnya lepas saja pantang kita mestilah jaga pemakanan juga. Bagi pemahaman orang kita, berpantang makan laksa ini selama setahun,tapi makanan ringan boleh pula makan banyak mana nak makan.Tidak ada pula pantang-pantang bagai.

Untuk dijadikan permulaan cerita, saya sebenarnya bekerja sendiri dan sudah pasti akan bawa Adam kemana saja saya pergi. Adam memeng menyusu badan sepenuh masa. Boleh pula saya terpengaruh dengan kata-kata orang sekeliling kalau anak masih menyusu badan itu akan menyebabkan kita akan banyak makan. memang betul saya makan dengan banyak sekali. Minum milo sehari sampai 2-3 kali dengan alasan taknak air susu drop. Kalau makan tak sah kalau tak berpinggan-pinggan sehinggalah berat badan saya naik sampai 68 kg dan ketinggian 163. Kalau di ikutkan memang berat badan berlebihan sudah masa itu tetapi disebabkan saya ini seorang yang tinggi jadi taklah nampak sangat semua itu.

Saya rasa sangat selesa bila adaorang bagi sokongan dekat saya bila saya makan banyak. Mereka kata, tak apa, nanti kalau anak dah tak menyusu badan lagi bolehlah diet masa tu. Saya bukannya kerja nak menyalahkan orang sahaja, memang salah saya sendiri kerana tidak ada ilmu tentang itu semua. Kenyataannya, para ibu tak perlulah nak gelojoh makan semua benda yang ada di depan mata.Terdapat juga diet yang boleh memperbanyakkan air susu dan pada masa yang sama juga ibu boleh menjadi cantik dan langsing juga.

Selepas sahaja saya melahitrkan anak perempuan saya Ayra, semuanya saya dah sediakan dari segi fizikal dan juga mental. Melahirkan anak kedua buatkan saya belajar mana yang betul dan tak akan pernah ulangi perkara yang pernah saya buat masa saya melahirkan Adam. Ayra dilahirkan masa umur Adam baru saja masuk 1 tahun 6 bulan dan Adam juga masih bergantung dengan air susu saya. Jadi saya amalkan petua ini agar air susu saya cukup untuk Adam dan juga Ayra dan saya pun tidak mengalami masalah gemuk.

Tips-tips untuk kekalkan badan langsing walaupun anak masih menyusu badan

Mesti banyakkan minum air masak ataupun air sejuk tak kisahlah asalkan air kosong sebanyak 2-4 liter dalam sehari. Air masak adalah amat penting untuk menghasilkan susu badan yang banyak.

Kerapkan bagi anak susu badan dan ikut jadual pam air susu yang betull. Susu ibu ini jenis yang cerewet sikit. Jadi anda mesti pandai aturkan.

Amalkan makan makanan berat sebagai sarapan pagi. kalau saya, saya ambil pemakanan seperti nasi. Ambil dalam pengambilan untuk seorang makan, bukan 2 3 orang pulak.

Mesti banyak makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Kalau boleh makan dalam 3 kali sehari. Masa makan tengahari boleh makan makanan berlauk tetapi dalam kuantiti yang berpada-pada. Jangan pula makan dua pinggan sekali.

Bila sudah berbadan dua ini, salah satu perkara yang si ibu akan risaukan adalah berat badan bertambah. Bukan sahaja ketika mengandung, selepas bersalin pun berat badan masih tak turun malahan makin bertambah. Kata orang, biar berat bertambah janji susu badan untuk anak cukup, betul ke? Jadi, kalau anda mahukan susu badan tak ‘kering’ dan dalam masa yang sama berat badan pun maintain seperti anak dara, jom kita ikut tips dari perkongsian si ibu ini. Menarik!

POST INI KHAS UNTUK IBU MENYUSU DAN BAKAL-BAKAL IBU JUGA.
Gambar kiri tahun 2016 saya pegang Adam & Gambar kanan tahun 2017 saya pegang Ayra. Cerita bermula lepas saya lahirkan Adam, masa dalam pantang semuanya bagus.. berat turun banyak, kurus wow wow ! Tapi selepas habis tempoh berpantang, badan saya naik bagai di pam pam!

Sebab apa naik? Sebab dah tak makan makanan pantang kan? Dah lepas 44 hari (ops sya pantang adam 30 hari je) and redah makan macam-macam. Nak jaga kesihatan ni bukan pulun masa pantang je jaga itu ini, lepas pantang pun kena jaga sistur. Peliknya orang kita ni berpantang laksa sampai setahun tapi fast food, makanan manis-manis potong kaki dan jajan tak pula dipantangnya.

Nak jadikan cerita, saya kan kerja sendiri dan memang bawa Adam kemana-mana. Fully breastfeed. And saya cepat terpengaruh dengan kata-kata orang yang ibu menyusu ni boleh je makan banyak, sebab nanti akan proses jadi susu kan? And yes saya memang makan banyak like very the banyak.. milo sehari 2-3 kali konon tak nak bagi susu drop. Nasi berpinggan-pinggan, sampailah berat saya naik 68 kg dengan ketinggian 163 cm which is OVERWEIGHT dan dah lebih bmi normal. Tapi xnampak sangat sebab saya agak tinggi jugak kan.

http://ift.tt/2EHVXRU

Zon selesa datang bila setiap kali makan banyak dan direstui oleh orang sekeliling. Katanya tak apa, nanti lepas habis tempoh menyusu dietlah balik. Bukan kerja nak menyalahkan orang je, sebab diri sendiri pun tak ada ilmu. Rupanya ibu menyusu ni tak perlu makan macam pirana. Ada diet yang membolehkan susu kekal banyak dan badan ibu jadi cantik juga.

Jadi bila bersalin Ayra, saya dah ready mental dan fizikal, anak kedua kan.. takkan nak ulang benda yang sama betul tak? Lagipun, Ayra lahir masa Adam baru 1 tahun 6 bulan dan dia masih menyusu badan (penuh) . So saya amalkan ini utk make sure susu cukup untuk kedua-dua anak saya dan saya pun tak gemuk.

TIPS SUPAYA BADAN TAK NAIK WALAUPUN ‘BREASTFEEDING‘

http://ift.tt/2EHVXRU

Banyakkan minum air masak, kerana air masak adalah perkara paling penting sekali untuk memperbanyakkan air susu. Amalkan minum 2-4L dalam sehari.

Kerapkan menyusui anak dan ikut jadual pam air susu yang betul.

Makan makanan berat semasa sarapan. Pengambilan makan nasi di awal pagi, tapi jangan terlalu banyak. Cukup untuk seorang makan sahaja.

Paling penting, pengambilan makan sayur-sayuran serta buah-buahan dan makan sehari tiga kali. Makn tengahari bagus makan makanan berlauk tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Jangan terlalu banyak.

Susu mesti minum, kalau saya akan minum susu HL perisa coklat dan sentiasa mengamalkan masa hamil lagi sebabada asid folik dan minum dalam dua kali sehari.

Jangan sesekali minum milo, kerana milo adalah penyebab kegemukan kerana kadar gula dalam milo sangat tinggi.

Makan malam sebelum jam 8. Jika anda rasa lapar pada malam hari, bagus anda amalkan makan buah-buahan sahaja dan minum banyak air masak. Patikan ada bekalan buah dalam peti sejuk anda.

Dengan mengamalkan tips-tips ini dengan penuh disiplin, saya berjaya mengekalkan berat badan 57kg. Masa sekarang saya juga menumpukan sepenuh masa dengan menyusui anak saya Ayra dan Adam pada masa yang sama.

Apa yang paling penting, pengambilan makanan yang berkhasiat dan juga seimbang. Jangan pula hanya disebabkan menyusukan anak, anda boleh sewenang-wenangnya makan apa yang anda suka. Kalau sekali sekala nak curi-curi makan makanan manis itu tak salah tapi jangan berlebihan pula. Jangan pula setiap hari anda pergi makan benda-benda yang tak sihat. Tak akan kuruslah jawabnya.

Apa-apapun, jadiakn tips-tips di atas sebagai panduan kepada ibu-ibu di luar sana jika ingin mendapatkan tubuh badan yang ideal walaupun sudah bergelar surirumah tangga. Selamat mencuba.

Sumber: SirapLimau , Nuraisyah Abu Husin

The post Tips Untuk Kekal Kurus dan Langsing, Walaupun Selepas Melahirkan Anak, Perkongsian Dari seorang Yang Bergelar Ibu appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...