loading...

Sunday 14 January 2018

7 Jenis Contoh Cat Warna Untuk Dinding Rumah Yang Dapat Membangkitkan Aura Positif Dan Mood Anda

Mungkin ini akan jadi masalah utama bagi yang baru mendirikan rumahtangga dan memiliki rumah sendiri. kalau nak cat rumah, bukan boleh pilih sesuka hati sahaja. Warna yang dipilih juga dapat mempengaruhi minda kita. Jadi anda mestilah bijak dalam memilih warna kerana anda akan hadap warna-warna yang anda pilih itu hari-hari. Kalau salah pilih warna, nanti takut stress pulak.

Seseorang yang ingin mewarnakan tempat kediaman ini sudah pasti tidak boleh lari dari masalah ini. Sesekali kalau kita nak tukar warna lain dari yang lain, tak salah juga. Takkanlah kita nak kekalkan warna itu sampai bila-bila. Kadang-kadang naik jemu juga setiap tahu tengok warna yang sama. Adakah anda tahu, pemilihan warna juga adlah amat penting dan mengikut dari sudut psikologi, pemilihan warna yang sesuai juga boleh memberikan kesan dan juga mood seseorang itu.

Oleh itu, cara pemilihan warna yang sesuai juga adalah amat penting. Pemilihan warna untuk dinding-dinding di dalam rumah juga boleh mempengaruhi suasana agar anda berasa selesa dan nyaman di tempat kediaman anda. Warna ini juga dalam masa yang sama boleh meningkatkan lagi aura-aura positif serta maksud sikap istimewa anda yang sebenar melalui ppemilihan warna.

Mengikut hasil kajian, antara banyak-banyak warna yang ada, antara warna-warna berikut juga mempunyai kaitan dan memberikan ruang serta memberi impak positif pada setiap mood seharian. Kita seharusnya merhati-hati dalam pemilihan warna. Jika anda tersalah pilih, ia juga dapat memberi kesan mood negatif pada anda.

Terdapat 7 warna yang boleh memberikan tindakbalas positif dalam mood anda

Kuning

Ada segelintir masyarakat di luar sana amat takut untuk memilih warna kuning sebagai pilihan yang utama. Adakah anda tahu, warna kuning ini adalah warna yang amat sesuai untuk warna tema bilik tidur. Warna yang terang seperti oren dan kuning juga dapat mewujudkan mood penggunanya manjadi lebih cerian dan santai. Pada masa yang sama ia juga dapat memberikan kita perasaan yang lebih aktif dan mudah untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling.

Warna kuning juga boleh menampakkan ruangan sesuartu bilik itu kelihatan luas jika diletakkan dalam pengcahayaan yang sesuai.

Merah

Jika anda memilih cat dinding yang berwarna merah, ia juga dapat meningkatkan Adrenaline paling tinggi. Maksud pemilihan warna merah ini adalah keadaan sesuatu tempat itu akan kelihatan lebih mengujakan, memberikan semangat yang lebih dari sebelumnya, ia juga dapat membangkitkan lagi selera makan anda dan pada masa yang sama dapat mewujudkan suasana romantis dan juga sensual.

Warna merah juga dapat meningkatkan tekanan darah jika ada gabungan antara warna merah dengan warna lain yang tidak bersesuaian. Warna merah ini juga tidak sesuai ubtuk suasana bilik tidur kerana takut akan membuat pengguna berasa kurang selesa.

Biru

Kebanyakkan orang akan memilih warna biru kerana ia boleh memberikan ketenangan. Jika warna biru menjadi pilihan untuk bilik tidur, ia akan memberikan keselesaan dan ketenangan agar tidur seseorang itu akan menjadi lebih lena. Warna damai dan sejuk ini juga dapat mengurangkan tekanan darah dan dapat memperlahankan degupan jantung dan cara pernafasan agar berada dalam keadaan rehat.

Warna biru juga boleh memberikan inspirasi kepada seseorang . warna biru juga boleh memberikan seseorang itu menjadi lebih kreatif dan juga produktif. Pengunaan warna biru ini juga adalah pilihan yang tepat bagi menghias ruang tamu atau ruangan pejabat. Berlainan lagi pada warna terang kerana warna yang bertona tenang ini juga tidak sesuai langsung jika digabungkan dengan warna ruang tamu ataupun ruang dapur. Ini kerana ia akan kelihatan lebih membuat orang menjadi tidak selesa dan bertenaga.

Kelabu,Warna Neutral

Kategori warna neutral adalah seperti warna putih, beige sehinggalah ke warna yang lebih kelihatan gelap seperti warna coklat dan juga kelabu yang merupakan warna yang boleh dianggap selamat. Warna kelabu juga memberikan sifat lebih fleksibel kerana warna ini lebih mudah untuk dipadankan dengan warna lain yang anda mahukan. Warna neutral juga boleh membangkitkan agar ruang menjadi lebih kelihatan moden dan kemas.

Warna neutral juga amat bersesuaian dengan apa jua jenis warna untuk ruangan dalaman. Pilihan warna yang pelbagai dan juga warna neutral amat sesuai untuk digunakan pada semua jenis ruangan bahagian dalam.

Hijau

Warna yang berasaskan hijau ini amat sesuai disebut sebagai pencinta alam semulajadi. Warna hijau ini juga amat mudah untuk dipadankan dengan warna yang terang kerana warna hijau ini merupakan warna yang sejuk.Gabungan warna biru yang sejuk dengan warna kuning yang ceria yang membuatkan ianya sesuai digabungkan dalam semua jenis ruangan kediaman anda.

Jika diutamakan pada ruang tamu pula, warna hijau pada masa yang sama boleh menyemarakkan lagi hubungan silaturahim. Kegunaan warna hijau juga dapat membantu untuk mengurangkan tekanan dan ia juga merupakan simbol kepada kesuburan. Warna hijau juga amat sesuai jika digunakan pada ruang bilik tidur.

Merah Jambu

Warna merah jambu ini sinonim untuk wanita ataupun budak perempuan. Warna merah jambu ini selalu dikaitkan dengan Hello Kitty dan barbie kerana pengunaan keseluruhannya warna merah jambu. Warni ini juga turut memberikan rasa ceria,tenang dan juga diselitkan dengan perasaan kasih sayang.

Jika pengunaan warna merah jambu ini digunakan secara keterlaluan, ia akan menampakkan seseorang itu seorang yang lemah dan seperti kebudak-budakan. Jika boleh seimbangkan pengunaan warna ini.

Menurut kajian juga, warna merah jambu ini juga boleh mengurangkan perasaan marah dan perangai agresif. Di Amerika Syarikat mereka mewarnakan ruangan penjara dengan pengunaan warna merah jambu dan mendapati banduan didalam akan lebih kelihatan tenang.

Ungu

Adakah anda tahu, warna ungu adalah warna yang melambangkan kemewahan dan ia juga banyak dikaitkan dengan warna diraja. Penggunaan warna ungu pada suatu ruangan juga boleh menimbulkan suasana romantik,aura mewah dan juga misteri. warna ungu juga sesuai untuk mendapatkan inspirasi dalam menghasilkan suatu karya. warna ini juga amat sesuai jika digunakan pada ruang pejabat, dapur dan ruang tamu.

Jika anda memilih warna ungu untuk ruang bilik tidur, seeloknya anda gunakan warna ungu yang lembut kerana ia boleh membuatkan anda berasa damai dan lebih tenang.

warna yang gelap

Selain sering dilabel sebagai wana yang suram dan menyeramkan. Warna gelap juga boleh menjadikan suatu ruangan itu menjadi lebih menarik. Warna seperti Navy blue juga boleh jadikan suatu ruang menjadi lebih dramatik.

Kebanyakkan orang akan memilih warna hitam kerana ia melambangkan satu keunggulan, disiplin dan melambangkan kekuatan. Warna ini juga turut boleh mempengaruhi pertukaran mood yang sangat cepat ( mood swing). Ia juga dapat seimbangkan antara kombinasi warna hitam dngan warna yang lebih cerah seperti warna putih. Keana ia boleh menstabilkan emosi. Warna hitam juga boleh diserlahkan dengan lebih baik. Apa yang penting, pencahayaan semulajadi boleh masuk sebanyak mungkin dalam mewujudkan suasana lebih bertenaga.

Gabungan suatu warna juga amat penting.

Kesannya pada emosi seseorang amat besar serta mampu mempengaruhi suasana dalam rumah tersebut. Adalah penting supaya dapat memilih warna yang dapat mengecapi suasana kekeluargaan seperti ketenangan, kebahagiaan serta keselesaan.

Warna juga memberi peranan yang penting pada seseorang. Ini kerana sesuatu warna juga boleh mengubah ruangan di dalam rumah mengikut citarasa dan pilihan si pemilik. Pengunaan warna juga boleh mempengaruhi seseorang menjadi lebih tenang dan lapang. Pada masa yang sama ia boleh menyerlahkan posisi perabot yang ada dalam rumah.

Cuma anda perlu hadkan pengunaan tiga ataupun empat jenis warna termasuklah perabot supaya ruangan anda kelihatan lebih kemas dan tidak terlalu padat.

Setiap orang sudah pasti menginginkan suasana rumah yang nyaman dan tenang. Pemilihan warna yang betul juga boleh membuat anda berasa selesa berada di suatu ruangn di setiap sudut rumah anda. Oleh itu, mestilah bijak dalam pemilihan warna untuk kediaman anda. Selamat mencuba.

Sumber: Siraplimau.com

The post 7 Jenis Contoh Cat Warna Untuk Dinding Rumah Yang Dapat Membangkitkan Aura Positif Dan Mood Anda appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...