loading...

Wednesday, 10 January 2018

Ketahui Kelebihan Kemenyan Untuk Kulit Anda

Kemenyan sememangnya sangat sinonim dengan kematian atau digunakan bagi tujuan perubatan tradisional, ramai tidak mengetahui bahawa kemenyan sebenarnya juga mampu menjadi rawatan untuk kulit wajah anda.

Kemenyan juga dikaitkan dengan mistik, pengamal perubatan dan ada yang mencampurkan dalam mandi bunga untuk menaikkan seri. Namun bukan semua orang mempercayainya, malah rasa gerun untuk mengamalkannya kerana takut terpesong dari akidah.

Tetapi sebenarnya ia tidak  seperti yang disangkakan, dikatakan bahawa pati kemenyan itu memiliki banyak manfaat untuk mencantikkan kulit muka.

Mungkin agak pelik, namun sesetengah orang mempercayainya.

Dr Irma Shida, pengeluar produk makanan kesihatan dan kecantikan, mengkaji saintifiknya, kemenyan mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan.

Hasil kajian yang dilakukan, kemenyan berfungsi dengan dua cara antaranya olkafri yang diperoleh daripada baunya yang menenangkan. Apabila minda kita tenang, tekanan akan berkurangan dan kulit lebih bermaya dan sihat.

Pati kemenyan itu sendiri mempunyai ciri-ciri antiseptik membuatkan ia menjadi penawar kepada masalah kulit seperti jerawat, gatal, gigitan nyamuk dan lain-lain.

Pati kemenyan juga mempunyai kesan antiseptik, membantu menegangkan dan mencerahkan putih kemerah-merahan pada kulit. Pati kemenyan juga tutup pori-pori dan memudarkan jeragat.

Sumber: Hanasuva.com

The post Ketahui Kelebihan Kemenyan Untuk Kulit Anda appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...