loading...

Wednesday 10 January 2018

Netizen Perli Pengantin Baru Muatnaik Status Melampau Selepas Berkahwin Di Instagram

Apabila remaja baru sahaja berkahwin, sudah pasti kegembiraan tersebut tidak dapat dibendung lagi sehinggakan kata-kata sendiri pun sudah tidak sedar jika ianya akan mengguriskan hati orang lain, atau mungkin saja kata-kata itu tidak patut dikeluarkan.

Jika kata-kata itu tidak diperkatakan secara umum, mungkin masih boleh dipertimbangkan, namun jika kata-kata tersebut diketahui umum, contohnya anda memuat naik kata-kata di akaun Facebook, Instagra Mahupun Twitter, salah sikit sahaja anda akan dihentam oleh netizen yang membacanya.

Seperti apa yang berlaku kepada lelaki ini, apabila memuat naik status berbaur ‘ghairah’ sedikit di instagramnya sambil mengucapkan tahniah kepada para tetamu yang hadir di majlis nikahnya, dia terus dikecam bertubi-tubi!

Mungkin baginya ianya ucapan biasa-biasa, namun bagi netizen pula ianya ucapan yang sangat tidak patut dikongsikan, kerana dianggap keterlaluan.

Tidak lama dia memuat naik status tersebut, dia dikecam hebat dikatakan tidak menggunakan akal ketika menulis ucapan tersebut.

Pada mereka yang ingin berkahwin, mungkin ini adalah salah satu pengajaran yang boleh diambil. Jangan kerana terlalu seronok sehingga tidak memikirkan kata-kata yang bakal diluahkan.

Sumber: Mediamassa.press

The post Netizen Perli Pengantin Baru Muatnaik Status Melampau Selepas Berkahwin Di Instagram appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...