loading...

Monday 1 January 2018

Ramai PATI Dari Malaysia Jadi Cacat Akibat Kerja Secara Haram Di Korea Selatan

Tahun lalu, laporan khas kisah pederitaan ramai warga Malaysia bekerja sebagai buruh kasar secara haram di Australia pernah dilaporkan oleh sebuah akhbar berpengaruh tempatan.

Terbaru, sebuah portal berita tempatan memaparkan pula cerita sedih ratusan rakyat Malaysia yang menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI) di Korea Selatan akibat ditipu ejen tempatan akhir-akhir ini.

Ada dalam kalangan warga Malaysia menjadi cacat anggota tubuh badan atau cedera akibat kerja berbahaya di negara Asia timur itu hanya kerana mahu mengejar gaji lumayan dan tergoda dengan janji manis pihak tertentu.

Memang kasihan, tetapi itulah realiti kehidupan pahit di sana sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Segala-galanya kerana pengaruh tarikan upah mata wang won Korea Selatan sehingga menjadi hamba abdi era moden!

Pendedahan insiden menyedihkan itu dibongkar dengan pendedahan beberapa rakyat Malaysia yang pernah menjadi mangsa dan sumber rapat dengan mereka kepada pihak mStar online.

Kumpulan ini, jika sekali pun ‘terlepas’ risiko ditipu ejen yang menguruskan kemasukan mereka, ia sama sekali tidak menjanjikan kesenangan hidup atau gaji tinggi seperti yang diimpikan sebelum terbang ke negara K-Pop itu.

Hakikat ini diakui beberapa mangsa, hanya kerana keterujaan untuk dapat tawaran gaji tinggi antara RM6,000 hingga RM12,000 sebulan, sambil kononnya mahu mahu menimba pengalaman bekerja di luar negara.

Selain ditipu dan tidak dibayar gaji yang dianggap kes biasa, ada yang mendakwa dipukul dan didera, dimanipulasi, serta diabaikan teruk dari segi aspek kebajikan dan keselamatan sebagai pekerja oleh pihak majikan.

Paling mengejutkan apabila ada antara mereka yang sebelum ini sempurna, terpaksa pulang ke tanah air dalam keadaan cacat dan cedera akibat kemalangan di tempat kerja, dan lebih sedih apabila majikan hanya lepas tangan.

Semua ini kerana mereka masuk dengan cuma menggunakan visa pelancong selama tiga bulan yang memang perlu diperbaharui apabila hampir tamat tempoh dan status mereka di sana sebenarnya sebagai buruh haram!

Antara yang menjadi mangsa ialah seorang bekas pramugari di sebuah syarikat penerbangan Malaysia yang putus empat jari tangan ketika sedang bekerja di sebuah kilang besi, sekitar April lalu.

“Saya hanya fikir tentang duit apabila memilih bekerja di Korea Selatan sehingga sanggup melupakan aspek keselamatan diri,” katanya yang berusia 26 tahun, tetapi enggan mendedahkan identitinya.

Sumber: mStar online

The post Ramai PATI Dari Malaysia Jadi Cacat Akibat Kerja Secara Haram Di Korea Selatan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...