Pasangan selebriti Malaysia, Fattah Amin dan Nur Fazura yang menjadi perhatian umum sekarang nampaknya semakin berani mempamerkan kebahagiaan mereka di hadapan umum.
Berdasarkan perkongsian video oleh teman-teman rapat mereka di Instagram, jelas pasangan yang digelar ‘Fattzura’ ini sedang bahagia dilamun cinta kerana sering berpegangan tanpa menghiraukan lensa kamera!
Jika diikutkan, tiada salah pun jika hendak bermesra dengan suami sendiri, banyak orang awam yang berpegangan tangan malah ada yang melakukan lebih dari apa yang mereka lakukan, tetapi sudah lumrah menjadi artis kesayangan, segala perbuatan mereka diperhatikan.
Dan sudah pasti akan ada kata-kata negatif menyusul. Bukan semua yang suka melihat kita bahagia bukan?
Ada yang gembira dengan konsep ‘bercinta selepas nikah’ yang diamalkan oleh pasangan sama cantik sama padan ini. Tidak kurang juga ada yang meluat dengan mereka kerana di mana-mana sahaja pasti ada rakaman video mahupun gambar yang memaparkan kemesraan mereka ini!
Sebenarnya mereka berdua sudah pun mesra sebelum berkahwin, tetapi apa yang pelik, kemesraan tersebut dipersoalkan selepas berkahwin. Mereka sudah sama-sama halal, apa salahnya bermanja?
Sumber: Gempakbakhang.com
The post Suka Bersentuhan Dan Pegang-Pegang, Fazura Dikecam Netizen appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment