loading...

Thursday 4 January 2018

Ibu Bapa Haruslah Faham, Kerusi Kantin Adalah Hak Murid Sekolah Bukan Untuk Layanan Anak-Anak Sendiri Sahaja

Pihak sekolah juga pernah mengambil tindakan sebelum ini dengan cara menegur segelintir ibu bapa yang masih tidak mengambil peduli dengan terus mengulangi perbuatan dengan merampas tempat duduk yang telah disediakan khas untuk murid-murid sekolah duduk dikantin dan ada sebilangan murid yang terpaksa makan dalam keadaan berdiri kerana kerusi yang sepatutnya tempat mereka telah diduduki oleh segelintir ibu bapa yang mementingkan diri sendiri. Ada yang paling kasihan ada juga murid yang tidak menjamah sedikitpun makanan semasa waktu rehat berjalan.

Segelintir ibu bapa yang hanya mementikan tekak anak-anak mereka sendiri tanpa sedikitpun memikirkan perasaan murid-murid yang lain. Malah ada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ini siap ambil selfie lagi sambil adengan suap menyuap anak mereka makan dan nak dikatakan acah-acah sweet moment kalau di post dekat laman sosial tapi sebaliknya kejam. Dalam mereka tidak sedar mereka telah menganiaya hak pelajar yang lebih memerlukan.

Mohd Fadli Salleh selaku cikgu di sekolah berkenaan telah tampilkan diri dengan memberi teguran secara baik kepada ibu bapa yang tetap degil dan mementingkan diri mereka agar tidak terus merampas hak pelajar-pelajar sekolah yang lebih memerlukan kemudahan yang telah disediakan khas untuk murid tahun satu yang baru masuk bersekolah.

Sejurus sahaja melihat gambar utama, terus rasa nak marah bila melihat kebanyakkan ibu bapa sahaja yang duduk memenuhi kerusi kantin sekolah tanpa ada rasa bersalah sedikitpun.

Jangan mengambil kesempatan terhadap hak murid

Kerusi di kantin sekolah adalah untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah, kemudahan disediakan untuk mereka duduk dan makan bukannya disediakan untuk ibu bapa duduk sambil melayan mesra anak-anak sendiri sahaja sedangkan pelajar-pelajar yang seharusnya mengunakan terpinga-pinga mencari tempat untuk makan tanpa tahu mana arah hendak ditujui.

Sudah banyak kali perkara sebegini dihadapi sejak dari dulu lagi tanpa ada berasa bersalah menegur segelintir ibu bapa yang masih berpura-pura tidak faham tentang perkara ini. Jika dengan cara baik ibu bapa tidak dapat mendengar bagus lagi kita tegur dengan cara yang kasar. Biar sendiri mahu ingatlah. Kemudahan disediakan untuk pelajar sekolah bukan untuk ibu bapa.

Ada juga manusia spesis ini yang langsung tiada hati dan perasaan dalam mengambil hak orang yang sepatutnya. Tiadakan sedikit terbit di hati mereka fikir apabila ada di antara murid yang datang tanpa ditemani oleh ibu bapa mereka. Perkara sebegini pernah berlaku pada tujuh tahun yang lepas semasa sedang menjadi seorang guru untuk murid darjah satu.

Ada seorang anak muridku yang merupakan seorang anak yatim apabila bapanya telah meninggal dunia. Paling malangnya ibunya juga turut mempunyai penyakit kanser dan dalam keadaan yang tidak mengizinkan terpaksa ditahan di wad hospital. Nasib baik ada ibu saudara yang dapat menjaga budak itu. Pada hari pertama persekolahan dan apa yang menyedihkan sekali apabila tiada seorang pun yang menemani. Mlah dia terpinga-pinga melihat sekelilingnya yang setiap orang mempunyai ibu bapa yang menemani. Dia juga berdiri sendirian di tepi tiang hanya mampu melihat orang dewasa menyuap makanan ke mulut anak-anak mereka. Sungguh kejam perbuatan segelintir ibu bapa yang tidak ada sensitiviti langsung dengan persekitaran.

Masa rehat berlalu begitu sahaja tanpa dia sempat menjamah sedikit makanan. Dia meletakkan pinggannya yang masih penuh dengan makanan tanpa sedikitpun disentuh. Aku sempat tunggu dan menunggu dia habis makan. Tetap sabar menemaninya makan walaupun pada masa itu aku mesti bergegas masuk ke kelas untuk memulakan pembelajaran. Dia pun makan dengan cepat kerana takut terlambat masuk ke kelas dan akan dimarahi oleh guru, dan sanggup menahan lapar kerana takut akan semua itu.

Pelajar itu terpaksa akur selepas aku nasihatkan dia agar terus makan walaupun sedikit untuk alas perutnya. Aku sanggup menunggu sehingga dia habis makan dan hantar dia masuk ke kelas. Inilah hak anak yatim yang telah dirampas oleh segellintir ibu bapa yang tidak bertanggungjawab.

Sudahlah tunjukkan drama keluarga bahagia di kantin, sedangkan mereka tidak perasan yang mereka telah merebut kebahagiaan dan hak seorang budak yang bergelar anak yatim.

Bermula dari hari itu aku paling pantang apabila melihat ada antara ibu bapa yang berebut-rebut untuk duduk di kerusi kantin semasa pelajar memenuhi ruang kantin. Bukan nak berkira, tetapi jika waktu semua pelajar di dalam kelas boleh lagi diterima akal, ini tak waktu pelajar nak makan itu jugak diorang nak bersesak di situ.

Jika anda perasan pada gambar yang terakhir, itu adalah sebahagian gambar dari ibu bapa kepada pelajar aku sendiri. Mereka sudah tidak berani untuk duduk di kerusi kantin selepas aku telah menegur mereka secara tegas.

Peringatan untuk diri sendiri dan para ibu bapa di luar sana. Janganlah anada sesekali berebut duduk di kerusi ketika masih ramai pelajar-pelajar sekolah yang berhak memilikinya. Anda mungkin selesa duduk di kerusi, tapi adakah anda tahu ada anak murid yang mata mereka melilau mencari tempat duduk untuk menjamah makanan. Aku amat tegas jika berkenaan perkara sebegini.

Pada hari pertama persekolahan dimulakan pada semalam, aku amat berbangga kerana semua ibu bapa yang hadir faham. Mereka juga turut emngajar anak-anak mereka membeli serta belajar menerima baki. Mereka juga turut menyuapkan makanan ke mulut anak-anak dengan penuh kasih sayang. Mereka juga tidak akan duduk di kerusi kantin jika masih ada kelihatan murid yang masih berdiri.

Syabas dan juga ucapan tahniah kepada ibu bapa Sk (1) Gombak atas setiap kerjasama yang telah diberikan.

Pesanan untuk para guru tahun satu di seluruh negara, sila ambil tahu tentang perkara sebegini. Jangan terus membiarkan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara sebegini dan mengambil hak anak-anak murid kita.

Jadikan semua ini sebagai pengajaran dan mengambil berat walaupun ia sesuatu perkara yang remeh. Mungkin ada alasan disebaliknya tindakan berikut.

Sumber: Facebook/Cikgu Mohd Fadli Salleh

The post Ibu Bapa Haruslah Faham, Kerusi Kantin Adalah Hak Murid Sekolah Bukan Untuk Layanan Anak-Anak Sendiri Sahaja appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...