loading...

Tuesday 2 January 2018

Antara Hak Isteri Terhadap Duit Suami

Ramai dikalangan isteri rasa teraniaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Persoalannya, tahukah anda apa hak isteri terhadap duit suami?

Ikatan perkahwinan adalah satu simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan suami-isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.

Hakikatnya, di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.

Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sempurna, setiap hukum dan peraturan yang terdapat bukan hanya memihak kepada lelaki, tetapi juga kepada isteri dan kesemua pihak.

Dari segi nafkah suami kepada isteri, suami perlu sediakan 5 nafkah ini:

Makan minum isteri

Duit belanja diri (Menurut Lembaga Zakat, potongan ke atas isteri adalah RM3000 setahun. Bila dibahagi 12bulan, jadi RM250 sebulan. Pun begitu, ia bergantung pada pendapatan/ehsan suami)

Duit Belanja Dapur

Peralatan Mandian

Ubat-ubatan/Medical

Pakaian Baru: 2 Persalinan Setahun

Ini termasuk pakaian dalam, telekung, tudung, kasut dabn lain-lain. Rumah yang selesa untuk isteri tinggal dengan aman dan mudah membuka auratnya (tiada yang bukan mahram). Termasuk segala bil berkaitan rumah. (petikan kuliah Ustaz Fawwaz)

Nasihat kepada isteri, bila dah tahu bab nafkah ini, jangan pula demand lebih-lebih sehingga diluar kemampuan suami. Apa-apa pun ikut kemampuan suami. Jadilah penyejuk hati suami dalam segala keadaan. Kalau suami tak mampu, sedikit yang suami baperikan itulah kita bersyukur. Bila bersyukur, moga Allah tambah nikmat dan hidup pun lebih bahagia.

Para isteri perlu untuk amanah dengan duit yang suami berikan, misalnya untuk duit belanja dapur. Bila memasak, jangan terlalu berlebihan. Makan berempat saja, tapi masak untuk 10 orang. Bila tak habis, simpan peti ais, terlupa pulak nak makan yang akhirnya dibuang. Kata ustaz, isteri yang begini seorang isteri yang khianat dan tidak amanah. Mungkin dia tak sedar yang perbuatannya itu boleh mendatangkan dosa.

Bagi suami yang isterinya bekerja pula, jangan sedap sangat guna duit isteri tanpa izinnya. Duit rumah guna potongan gaji isteri, duit dapur juga isteri. Duit makan isteri kat ofis tak pernah hulur kononnya, “Duit gaji saya, saya simpan untuk emergency, untuk kegunaan kita jugak”. Kalau isteri tak halalkan, tak lepas di akhirat nanti.

Suaminya setiap malam sebelum tidur akan selalu minta maaf dan minta dihalalkan jika dia ada teralpa tentang tanggungjawabnya atau ada termakan duit isterinya. Bila suami bercakap seperti itu, takkanlah kita keras hati untuk tidak memaafkan. Betul tak?

Isteri jika bekerja, walaupun memang bukan tanggungjawab kita untuk menanggung perbelanjaan rumah, tapi jika suami memang tak mampu, kita belajarlah untuk sabar dengan ujian ni. Belajar untuk redha dan seterusnya bersyukur. Kenapa perlu syukur?

Bersyukurlah kerana disebalik ketidakmampuan suami itu, ada hikmah tersembunyi. Allah rupa-rupanya nak bagi kita pahala besar. Mulai sekarang, segala yang kita belanja untuk keluarga tu niatkanlah sebagai sedekah. Sedekah pada keluarga terdekat, pahalanya melebihi pahala sedekah fisabilillah kata ustaz. Sentiasa ingat, hidup kita di dunia ni untuk kumpul pahala sebanyak-banyaknya. Syurga itu kan mahal.

Sesungguhnya sedekah itu menggugurkan dosa seperti air memadamkan api juga membentengkan kita daripada api neraka.

Semoga bermanfaat. Wallahualam.

Sumber: Kebodmedia.blogspot.my

The post Antara Hak Isteri Terhadap Duit Suami appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...