Zaman sekarang yang serba serbi mahal, telah memaksa antara warga tempatan melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan lebih. Kerja sampingan yang menjadi pilihan ramai sekarang adalah ‘Service Suprise Party.’
Yue Shariff selaku orang yang melakukan penghantaran untuk suprise party telah berkongsi pengalaman yang di anggap lucu selama menjalankan pekerjaannya itu. Niat di hati ingin memberikan kejutan malah sebaliknya yang terjadi.
Sebelum kejadian ini berlaku, ada seorang lelaki yang menghubunginya yang ingin memberikan kejutan buat isterinya yang tercinta sempena hari ulangtahun wanita itu dengan menempak sejambak bunga yang dibuat khas.
Pelanggan lelaki itu tersangatlah gembira kerana dia ingin memberikan kejutan yang sangat istimewa untuk isteri yang disayanginya sempena ulangtahun kelahiran yang akan datang tidak lama lagi. Urusan jual beli mereka hanya melalui telefon pintar sahaja, kerana penggunaan kaedah itu lebih senang dan cepat.
“Kisah benar surprise delivery hari ini. Panjang sikit tapi tersangatlah surprise.”
“Masa kita sibuk-sibuk nak delivery kat wife dia tadi, tiba-tiba wife dia sendiri call kita!”
Yue Shariff juga telah mendapat sebuah panggilan yang di luar jangkaannya kerana panggilan telefon itu adalah isteri kepada pelanggannya sendiri. Yue Shariff dengan terkejutnya apabila mendengan kata-kata dari percakapan wanita berkenaan.
“Kau kenapa minta duit laki aku? Siap jumpa kat Mahkota bagai! Berapa lama dah kau skandal dengan laki aku ni?”
“Mentang-mentang laki aku polis, kau nak menggatal ek? Bla..bla..bla..Aku nak jumpa kau!”
“Okay dik, nak jumpa kat mana?”
“Apa adik-adik? Kau datang kat Jusco sekarang! Aku kat sini!” kata isteri suami berkenaan. Yue turut mengatakan wanita itu turut melemparkan kata-kata kest padanya.
Yue Shariff juga telah menerima pelawaan wanita berkenaan dengan baik dan tanpa membuang masa lagi dia terus bersiap sedia untuk menemui wanita tersebut.
“Sampai Jusco, kita call dia siap bawa bunga yang husband dia tempah. Dia bagitahu tempat dan pakai baju apa.”
Setelah diamati, rupa-rupanya wanita berkenaan telah datang bersama tiga orang lagi kawannya seolah-olah ‘Bodyguard’ untuk memukulnya. Tanpa melengahkan masa lagi, Yue telah menerangkan secara terperinci semua salah faham ini dengan menceritakan perkara yang sebenar.
“Puan ***, ini bunga yang suami puan suruh saya hantar pada puan. Atas urusan pembelian bunga inilah saya berhubung dengan suami puan tu. Jumpa pun sebab dia nak buat payment hari tu.”
“Sekarang ini, bila sampai je bunga ini ke tangan puan, bermakna urusan saya selesai. Puan ada apa-apa lagi urusan dengan saya?”
Setelah bersua muaka. Yue dengan pantas dan bertutur dengan lemah lembut tentang perkara yang sebenar.Pada mulanya Yue juga takut yang bimbang wanita berkwnaan tidak mempercayai apa yang dia cakap. Setelah habis mendengar, wanita itu menundukkan kepala dan terus membisu. Mukanya juga bertukar menjadi merah padam kerana menahan perasaan malu yang bercampur baur.
Dalam situasi ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Jika situasi ini berlaku kepada kita, sudah pasti kita akan melakukan perkara yang sama. Siapa mahu suami kita di rampas oleh wanita lain. Kita juga tidak boleh menyalahkan orang yang melakukan servis penghantaran hadiah, kerana itu sudah sebahagian dari pekerjaan mereka. Pesanannya di sini, sebelum kita ingin membuat sesuatu tindakan seharusnya kita siasat betul-betul sebelum bertindak.
Sumber: Kakishare.tv
The post “Kau Kenapa Minta Duit Laki Aku? Berapa Lama Dah Korang Berskandal Ni?” – Wanita Ini Fikir Suaminya Berlaku Curang, malah Dia Dapat Satu Hal Yang Lebih Mengejutkan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment