Rambut merupakan suatu aset penting terutamanya bagi wanita, kerana mereka sangat mementingkan penampilan diri. Mereka yang memiliki rambut keriting yang halus atau agak tebal sangat menarik perhatian.
Alunan gaya rambut tersebut memberi personaliti yang berbeza dari orang lain. Ada juga wanita yang mempunyai rambut keriting tetapi ingin memiliki rambut lurus. Begitu juga sebaliknya, wanita berambut lurus pula beriya-iya membuat pengerintingan rambut.
google image
Ada yang sanggup pergi ke salun berjam-jam lamanya untuk mendapatkan gaya yang dimahukan.
Secara amnya pemilik rambut keriting nampak lebih muda, yakin dan ceria berbanding dengan rambut lurus. Mungkin juga disebabkan tekstur dan alunan rambut itu yang memberi rasa seronok.
Namun penjagaan untuk rambut keriting agak sukar dan perlu penjagaan yang rapi. Bagi mereka yang memiliki gaya rambut pujaan ramai ini, disini terdapat beberapa tips berguna untuk penjagaan dan mengelakkan rambut keriting yang cantik bertukar kepada rambut berserabai.
Foto: Google Images
- Penting memulakan sikatan dari bahagian hujung rambut kerana proses ini mampu merapikan rambut dan sekaligus mengelakkan hujung rambut dari tergulung dan kusut.
- Gunakan sikat jenis ‘bergigi’ berbanding jenis ‘berus’. Sikat jenis berus boleh mengakibatkan rambut keriting senang putus dan bertambah kusut. Pilih sikat jenis bergigi bagi mendapatkan hasil keriting yang cantik dan semulajadi.
- Rambut keriting sangat cantik apabila ia dalam keadaan lembut dan beralun. Untuk itu, sapukan krim dan minyak rambut terutamanya di bahagian hujung rambut supaya mendapat hasil alunan yang cantik.
- Elakkan dalam penggunaan syampu rambut yang mengandungi bahan “sodium lauryl sulfate”, hal ini kerana ia agak kasar untuk rambut keriting dan boleh menyebabkan rambut bertambah kering.
- Tukar sarung bantal anda kepada fabrik sutera. Kenapa? Sarung bantal dari jenis kapas menyebabkan rambut anda kusut kerana ia akan menarik rambut setiap kali anda bergerak. Berbanding dengan fabrik sutera yang lebih licin dan lembut.
- Tak perlu bersyampu setiap hari. Amalan tersebut beri kesan rambut anda lebih kering tapi anda boleh gunakan perapi setiap hari walaupun tanpa menggunakan syampu.
- Untuk rambut kekal lembap dengan cara semulajadi, basuh rambut anda dengan air sejuk. Ia mampu membuka kutikel rambut untuk mengeluarkan minyak semulajadi dan memastikan rambut anda bersinar dan tidak kusut.
- Akhir sekali, sediakan jadual trim rambut setiap enam hingga kelapan minggu bagi mengelakkan rambut anda menjadi mengerbang.
Foto: Google Images
Semoga semua informasi penjagaan rambut kerinting ini memberi banyak ilmu pengetahuan kepada anda supaya rambut anda sentiasa menjadi tarikan orang di sekeliling.
Sumber: Wanista.com
The post Inilah Tips Menjaga Rambut Kerinting Dan Serabai appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment