loading...

Monday 1 January 2018

Orang Tidur Awal Cepat Kaya Dan Lebih Bahagia – Kajian

Ramai di antara anda yang susah sangat nak tidur awal dan tidur secara teratur. Disarankan tidur selama 7 hingga 8 jam setiap hari bagi orang dewasa.

Tidur awal akan membuatkan anda lebih bertenaga dan sentiasa kekal aktif di untuk melakukan aktiviti seharian. Mereka yang tidur awal lebih bahagia dan cepat kaya menurut sebuah kajian. Berikut 3 kebaikan jika anda tidur awal pada setiap hari.

Turun Berat Badan

Berjaga hingga lewat malam lebih cenderung makan hingga lewat malam. Apabila anda malam lewat malam, anda akan melewatkan sarapan. Akibatnya tenaga akan berkurangan dan cenderung makan lebih banyak di siang hari.

Tidur Lebih Mudah

Kajian menunjukkan kebiasaan tidur lewat malam boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, waktu siang pula anda mudah mengantuk kerana tidak dapat tidur di malam hari, sekaligus mengalami tekanan.

Lebih Produktif Di Siang Hari

Tubuh kita tidak diprogramkan untuk berjaga hingga lewat malam. Dengan tidur lebih cepat, hidup anda lebih produktif dan mampu melakukan apa saja. Sekaligus, prestasi kerja anda meningkat. Mereka yang berjaya sentiasa tidur awal untuk memastikan keesokan harinya dilalui dengan baik.

Sumber: Maskulin.com.my

The post Orang Tidur Awal Cepat Kaya Dan Lebih Bahagia – Kajian appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...