loading...

Monday 1 January 2018

Rolls Royce Milik Aliff Syukri Dirampas JPJ

Dilaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita kereta milik usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri yang merupakan antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh di Bangsar semalam.

Kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

“Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000″

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” tambahnya lagi.

Sumber: Harian Metro

The post Rolls Royce Milik Aliff Syukri Dirampas JPJ appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...