loading...

Tuesday 2 January 2018

Peminat Terlalu Over Sampaikan Buat Video Sedih Untuk Neelofa

Nampaknya kisah hangat erkaitan cinta tiga segi antara Neelofa, Fattah Amin dan juga Fazura belum reda, walaupun kisah cinta ala fairy tale antara pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin berakhir dengan penamat yang manis sekali apabila kedua-duanya melangsungkan pernikahan Isnin lalu.

Sebelum ini, hubungan cinta mereka mencetuskan fenomena luar biasa sehinggakan ramai peminat yang obses mahukan mereka berkahwin di dalam dunia realiti.

Kedua-duanya kelihatan sudah redha bahawa tiada jodoh di antara mereka dan masing-masing membawa haluan sendiri; Neelofa semakin menyinar dalam perniagaannya dan Fattah pula menerima tawaran berlakon yang banyak dan bertemu jodoh pula dengan Fazura sewaktu penggambaran.

Tapi timbul pula cerita tak bagus yang diada-adakan oleh peminat fanatik zaman kegemilangan #Lofattah ini.

Terutamanya penyokong Neelofa dan juga Fattah Amin, yang dikatakan cemburu dengan perkahwinan tersebut. Mereka sememangnya mengharapkan perkahwinan antara Neelofa dan Fattah Amin, bukannya Fazura dan Fattah Amin. Namun jodoh itu rahsia Allah S.w.t. Siapa sangka memang sudah jodoh antara mereka, akhirnya mereka berdua mendirikan masjid bersama.

Ada yang sanggup membeza-bezakan antara Fazura dan juga Neelofa. Mereka terlalu taksub dengan pasangan itu

Ada dikalangan penyokong neelofa berfikir bahawa neelofa sangat terkesan dengan perkahwinan Fattah dengan Fazura, sehingga ada yang menyunting videolkip Sha yang bertajuk ‘pertama kali’ yang memasukkan gambar neelofa, Fattah dan juga Fazura.

Neelofa ada memberi respon terhadap video tersebut.

“Haihh… Tak ada kerja betul lah korang ni. Banyak sangat masa terluang sampai tercetus idea nak buat benda yang buang masa macam tu kan.

Apa lah faedah yang diorang dapat lepas buat video tu? Untuk bahan ketawa ke? Atau untuk suka-suka?”

Selain itu, akaun Instagram milik Neelofa juga telah ‘diserang’ oleh peminat kononnya Neelofa menangis kerana sedih diatas apa yang sudah terjadi.

Semalam, pelakon yang berusia 28 tahun itu telah memuat naik satu video yang menunjukkan keindahan Bangunan Berkembar Petronas di kota raya.

“Just looking at you makes me happy,” tulis Neelofa di ruangan caption itu.

Mungkin video itu tidak membawa apa-apa maksud. Barangkali ia bermaksud bahawa Neelofa berasa sangat lega apabila dia dapat pulang ke tanah air selepas selesai beberapa kerjanya di luar negara.

Namun, peminatnya seakan-akan salah faham dengan maksud yang disampaikan oleh pemilik Naelofar Hijab itu.

Apa lagi, peminat pun bukan main tinggalkan komen berbunyi nasihat dan meminta agar Neelofa terus tabah kerana bekas kekasihnya itu sudah mendirikan rumah tangga.

Mujur masih ada yang berfikiran rasional dan mereka menganggap bahawa posting itu langsung tidak membawa apa-apa maksud yang tersembunyi.

Harapnya Neelofa dapat bersabar diatas kerenah peminat yang terlampau obses ni. Bukan semua permintaan peminat, dapat dilaksanakan oleh selebriti itu sendiri.

Sumber: Gempakbakhang.com

The post Peminat Terlalu Over Sampaikan Buat Video Sedih Untuk Neelofa appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...