loading...

Thursday 4 January 2018

Persenyawaan In-Vitro Adalah Pilihan Azam Tahun Baru Izzue Islam Dan Isteri

Bersempena dengan tahun 2018, pasti anda semua sudah ada senarai perkara yang ingin dikecapi sepanjang tahun ini, ada yang ingin kurus, lebih berjimat cermat dan macam-macam lagi. Namun, buat pelakon Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin, mereka berhasrat untuk menimang cahaya mata sendiri selepas hampir 5 tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka ingin cuba rawatan IVF ataupun lebih dikenali sebagai bayi tabung. Ia merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim secara manual dalam tabung uji makmal.

Persenyawaan in vitro (IVF) ini ialah proses di mana telur dikeluarkan daripada ovari dan digabungkan dengan sperma dalam ceper kultur makmal. Persenyawaan berlaku di dalam ceper ini (“in vitro” bermaksud “dalam gelas kaca”). Beribu-ribu bayi telah dilahirkan melalui kaedah IVF di seluruh dunia sejak yang pertama dalam tahun 1978.

“Ada beberapa usaha yang kami lakukan dan rasanya tidak perlu sebut di sini. Rezeki datang dari Allah SWT dan kami harap usaha dilakukan pada masa ini berhasil. Ada yang cadangkan IVF (persenyawaan in-vitro) tetapi kami belum sempat jumpa doktor. IVF adalah pilihan terakhir dan mungkin akan dicuba tahun ini”

Meskipun belum dikurniakan zuriat sendiri, pasangan ini tidak mempunyai rancangan untuk mengambil anak angkat. Izzue percaya Allah SWT belum mengurniakan beliau rezeki untuk menimang cahaya mata kerana ingin memberi rezeki untuk beliau lebih berjaya dalam bidang seni terlebih dahulu.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, antara soalan sensitif untuk ditanya atau dibincangkan ialah soal anak.

Kita hanya merancang, namun rezeki itu dari Dia. Tapi ini tidak bermakna bagi pasangan untuk tidak boleh berusaha.

Sumber: Rotikaya.com

The post Persenyawaan In-Vitro Adalah Pilihan Azam Tahun Baru Izzue Islam Dan Isteri appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...