loading...

Thursday 4 January 2018

“Takkan Awak Tak Kenal Abdullah Siapa? MashaAllah!” – Ibu Sedih Anaknya Dihina Cikgu Sekolah

Setiap manusia melakukan kesilapan, tiada yang terlepas dari melakukan dosa, namun manusia yang suka menjatuhkan hukum suka mengaibkan manusia yang lain hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Manusia mana yang tiada kisah silam? Setiap orang memiliki kisah tersendiri, namun siapa anda untuk mempersoalkan dosa dan pahala orang? Dan adakah mereka tidak mampu berubah menjadi lebih baik. Kemungkinan besar mereka yang dahulunya pernah melakukan kesalahan besar dalam hidup menjadi manusia yang lebih baik berbanding anda yang suka menjatuhkan hukum.

Seperti kisah sedih ini, anak yang baru sahaja memasuki sekolah telah dihina oleh seorang guru hanya kerana berbinkan Abdullah! Mengapa perlu sampai begitu sekali? Jangan kerana kesalahan lampau ibu bapanya dahulu, akhirnya anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Mari kita hayati kisah ini.

“Salam admin, tolong hide profil saya. Saya nak minta pendapat warga KRT.

Anak saya berbinkan Abdullah. Baru saja tadi mula hari pertama persekolahan. Pertama kali anak sekolah agama, darjah satu. Selama ini sekolah rendah tak ada masalah pun. CIkgu tanya pun okay, dah tutup cerita.

Tadi masa hantar ke kelas, cikgu okey, ramah saja. Dah okey, anak pun dah duduk, saya pun keluar. Dah jauh sikit, tergerak hati nak patah balik. Cikgu panggil anak saya.

“**** bin Abdullah.”

Anak saya pun pergi ke arahnya. Masa itu saya menyorok di luar pintu.

“Abdullah ini siapa?” soal cikgu terbabit.

Anak saya hanya mendiamkan diri. Cikgu itu bertanya lagi soalan yang sama, anak saya menggelengkan kepala.

“MashaAllah, takkan awak tak kenal Abdullah siapa?” soal cikgu itu lagi.

Anak saya diam. Terus cikgu itu suruh duduk, dia cakap MashaAllah. Selepas itu dia gelak. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Saya tahu ini salah saya dengan suami, tetapi jangan buat anak saya seperti itu.

Cikgu itu marah anak saya di depan kawan-kawannya. Mahu saja saya bersuara tetapi entah, jiwa saya lemah. Rasa nak marah, nak menangis pun ada.

Selepas anak saya duduk, saya melambai-lambai pada dia dan terus balik.

Kenapa ye? Ini ke balasan di atas dosa-dosa silam saya? Kadang-kadang saya rasa dunia ini tidak adil. Orang yang berzina mengandung dari 1-5 bulan tak letak bin Abdullah. Sedangkan yang mengandung 6-9 bulan, berbinkan Abdullah. Yang dah lahirkan pula tak perlu bin Abdullah.

Bukan nak cakap apa, mungkin disebabkan ini ramai yang buang bayi. Hmm, entahlah. Tetapi saya sayang anak saya. Tak mungkin saya nak buang dia. Tetapi kenapa ada juga orang yang menghina dia seperti itu? Patut ke dia jadi cikgu agama?

Tak apalah, yang penting anak saya nak sekolah agama. Kata-kata itu cuma menyakitkan hati tetapi itu bukan bermakna saya lemah. Saya akui itu semua salah saya. Jangan salahkan anak saya, dia tak bersalah pun.

Tetapi apa yang patut saya buat? Nak pindah sekolah, tak mungkin kami akan pindah lagi. Nak beritahu suami pun serba salah sebab mulut suami pedas, Takut jadi bergaduh pula nanti. Apa yang patut saya buat?”

Setiap manusia berhak diberi kesempatan untuk menjadi manusia lebih baik, jangan hanya kerana kesalahan lampau, anda sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum dan mentertawakan orang lain. Jangan menghukum orang seolah-olah anda tidak pernah melakukan dosa.

Sumber: Facebook/Kisah Rumah Tangga

The post “Takkan Awak Tak Kenal Abdullah Siapa? MashaAllah!” – Ibu Sedih Anaknya Dihina Cikgu Sekolah appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...