loading...

Friday, 5 January 2018

Rahsia Kulit Cantik Neelofa Ialah Dengan Amalkan Mandi Ais

Neelofa boleh dikatakan seorang wanita yang sangat berjaya dari pelbagai sudut. Dari dalam kerjaya seninya, perniagaannya, Neelofa menjadi ikon untuk wanita lain untuk berjaya sepertinya.

Walaupun jadual kerja yang sibuk, Neelofa tetap tampil cantik. Kulit wajahnya juga bersih dan tiada masalah cela mahupun jerawat. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya Nelofa menjaga kulitnya supaya setiasa cantik dan sihat.

Ini 4 rahsia kecantikan Neelofa yang boleh anda amalkan.

Minum banyak air kosong

Tip paling mudah ialah minum air kosong dengan banyak. Neelofa amalkannya sejak 2009 dan waktu itu dia sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Tambah Neelofa, bila tekak kita dah biasa dengan air kosong kita rasa dah tak nak minum air lain, kira akan rasa air kosong itu sangat refreshing.

Gunakan minyak argan untuk rambut lembap & sihat

Menurut Neelofa, dia tidak mempunyai masa untuk ke salun jadi dia akan membeli produk yang bagus untuk rambut. Neelofa juga menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.

Amalkan rawatan mandi ais

Rupanya ini rahsia besar Neelofa. Neelofa akan melakukan rawatan mandi ais (ice theraphy). Bayangkan situasi yang mana ada baldi, air dan ais yang sejuk. Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit. Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan.

Amalkan senaman kegemaran

Siapa sangka Neelofa sangat suka bersukan. Selain bersenam di gim, Neelofa suka bermain badminton, berenang dan kick boxing, sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.

Sumber: Eh.com.my

The post Rahsia Kulit Cantik Neelofa Ialah Dengan Amalkan Mandi Ais appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...