loading...

Thursday, 4 January 2018

Tabiat Gemar Membaca Buku Boleh Mempengaruhi Kelakuan Sosial Anda

Tabiat membaca di kalangan remaja sangat sedikit berbanding mereka yang mempunyai hobi menonton televisyen. Hal ini kerana menonton televisyen lebih menghiburkan berbanding mereka membaca buku. Namun banyak kesan positif bagi yang gemar membaca. Menonton televisyen banyak menunjukkan sikap negatif bergantung terhadap apa yang mereka tonton.

Foto: Google Images

Sebuah kajian menunjukkan, mereka yang mempunyai hobi dalam membaca buku mempunyai sikap simpati/penyayang  yang tinggi dan lebih  sopan berbanding mereka yang suka menonton televisyen.

Kajian ini dikendalikan oleh Kingston University di London, English, memberi kesimpulan bahawa mereka yang gemar membaca buku lebih cenderung menjaga tingkah laku dan memiliki sifat baik hati.

Kajian ini melibatkan 123 peserta yang diuji berdasarkan kemampuan berseorangan termasuk toleransi terhadap perasaan orang lain dan penyesuaian diri untuk bekerjasama.

Foto: Google Images

Hasil daripada kajian itu, mereka yang mempunyai hobi dalam membaca buku mempunyai sikap simpati yang tinggi dan lebih beretika berbanding mereka yang suka menonton televisyen.

Kajian ini telah memberi jawapan bahawa mereka yang banyak menghabiskan waktu menonton televisyen kurang mahu bersosial/bersahabat dan kurang sifat ingin memahami orang di sekitarnya.

Foto: Google Images

Namun, kesimpulan ini tidaklah begitu tepat terhadap semua orang mempunyai hobi membaca buku. Hal ini kerana, pilihan buku yang mereka baca juga memainkan peranan penting dalam membentuk karakter dan emosi terhadap pembacanya.

Hasil kajian juga mendapati mereka yang membaca buku jenis fiksyen lebih menunjukkan sikap sosial yang lebih positif. Bagi penggemar membaca buku novel romantik, mereka lebih cenderung memiliki sifat penyayang yang tinggi.

Orang-orang yang suka membaca juga didapati lebih senang untuk tidur nyenyak, manakala tahap stress dan gangguan mental nya rendah. Mereka mempunyai semangat kepercayaan diri yang tinggi.

Sumber: Nationalgeographic.co.id

The post Tabiat Gemar Membaca Buku Boleh Mempengaruhi Kelakuan Sosial Anda appeared first on Aliff Channel.

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...