Di dalam arus masa pandemik yang berlarutan sejak dua tahun lalu, tugas sebagai seorang pendidik adalah antara yang paling mencabar kerana masih perlu menyampaikan ilmu kepada pelajar.
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Rumah (PdPR) telah menggantikan kaedah pengajaran konvensional dan sebagai guru mereka perlu menggunakan pelbagai cara yang menarik dan interaktif untuk menarik perhatian pelajar.
Bagi seorang guru, Haini Hamlin selain PdPR, dia mengambil langkah proaktif dengan menghasilkan video pengajaran tatabahasa menerusi saluran YouTube miliknya sebagai nilai tambah kepada pelajar.
Namun, dedah Haini, cabaran terbesar dalam menghasilkan video ini ialah bercakap di hadapan kamera yang terasa janggal, namun untuk menyampaikan ilmu beliau meneruskan usaha tersebut.
Aktif sejak Januari 2021
Aktif menghasilkan video di YouTube sejak Januari 2021, Haini mengatakan ia sebenarnya memudahkan pelajar mengulang kaji, mengingati selain boleh membuka video tersebut pada bila-bila masa.
“Seperti contoh dalam pengajaran tentang topik kata majmuk saya hasilkan dalam bentuk nyanyian agar pelajar mudah ingat dan menghafalnya.
“Syukur pelajar-pelajar dapat terima cara itu dan sekali gus dapat menarik minat mereka untuk belajar dan mengulang kaji,” ujarnya.
Menjelang usia enam dekad, Haini turut kerap memikirkan tentang pelan setelah pencen pada tahun hadapan.
Tamatlah lembaran hidup saya sebagai seorang cikgu pada tahun 2023 namun saya runsing memikiran aktiviti serta pendapatan setelah berpencen nanti,” katanya.
Terdapat statistik melaporkan bahawa kebanyakan duit simpanan para pesara bakal berkurangan dalam tempoh lima tahun pertama dan realiti tersebut menyedarkan Haini.
Takut untuk jatuh muflis di saat beliau cuma mengharapkan duit pencen yang semestinya kurang daripada gaji bulanan sedangkan kos sara hidup sentiasa meningkat – dirinya pun tidak akan menjadi lebih muda dan bertenaga.
Setelah berbincang dengan ahli keluarganya, beliau berazam untuk menyediakan pelan pendapatan tambahan yang pasif sewaktu pencen dan sekarang adalah masa terbaik untuk memulakannya.
Bagaimanapun Haini merancang untuk melakukan aktiviti yang tidak memerlukan masa yang banyak serta tidak menggunakan banyak tenaga fizikal dan penerbitan video di YouTube dilihat sebagai pelan terbaik selepas bersara.
Beberapa video telah diterbitkan oleh Haini dan pada akhir tahun 2021, beliau telah mendapat khabar gembira bahawa usahanya telah mendapat lampu hijau.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersepakat untuk memperluaskan perjalanan kareer YouTube beliau melalui Dana Kandungan Digital PRISMA.
Dengan adanya sokongan padu tersebut, Haini telah menerbitkan siri terbaharu iaitu “Cobaan” di mana beliau akan mencuba pelbagai aktiviti baharu di pelbagai tempat sekitar Kuching-Siburan, Sarawak.
Cubaan yang dimaksudkan adalah bersilat Spring 12 di Pantai Damai yang panas hinggalah menjadi Pak Tambang di Kuching Waterfront.
“Cobaan” masih lagi ditayangkan hampir setiap minggu di YouTubenya dan episod sebelum ini telah berjaya mendapat tempat di hati para penontonnya.
Walaupun bilangan pelanggan dan tontonan tidak ramai, Haini percaya akan ada hasil jangka panjang selagi dia kekal konsisten dalam menerbitkan videonya.
The post Guru Jadi YouTuber Jelajahi Sarawak Demi Rakam Content Menarik appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment