Buat makluman, penghujung tahun lepas, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir telah selamat menimang cahaya mata ketujuh.
Faizal juga ada berkongsi khabar gembira itu di media sosial dengan mengucapkan rasa syukur diatas kelahiran cahaya matanya.
Selepas hampir beberapa bulan kelahiran anak ketujuhnya, Faizal Tahir sempat bercerita panjang lebar mengenai cahaya mata yang dilahirkan pada Disember 2021 yang lalu.
Menurut penyanyi itu, dia dan isteri telah dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Maryam Tahirah binti Ahmad Faizal.
Tambahnya, kelahiran Maryam sangat istimewa kerana telah disahkan sebagai ‘anak syurga’ yang mengalami sindrome down.
Bagaimanapun, dalam satu video.. Faizal Tahir mengatakan dia tidak langsung merasa terbeban dan sanggup melakukan segala-galanya memandangkan doktor menyedari beberapa komplikasi dalam kandungan isterinya.
Pada masa sama, aktivis kemanusiaan terbabit turut mengakui tidak menyebut perkara itu dan sering berkongsi keadaan anaknya dengan rakan, rakan sekerja dan ahli keluarga.
Apa yang membuatkan dia lebih selesa menerima ‘anak syurga’ itu ialah kata-kata positif daripada semua pihak yang sentiasa memberi semangat kepadanya sekeluarga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen juga menyuarakan pendapat yang penuh kata-kata positif.
The post Terima Banyak Kata-kata Positif, Faizal Tahir Rasa Selesa Dikurniakan ‘Anak Syurga’ appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment