Tiada siapa boleh menafikan bahawa sushi sangat baik. Rasanya yang segar, serta pengalaman uniknya, akan memberikan anda ingatan yang berkekalan tentang rasa lazatnya.
Namun begitu, sesetengah orang menyukai tekstur dan rasa ikan mentah, yang sangat popular di kalangan anak muda di dalam dan di luar negara.
Semalam tular di aplikasi TikTok, perangai seorang gadis yang mengundang perhatian netizen.
Berikut di bawah video tersebut:
Menurut video yang dimuatnaik oleh @fiqhrulannuar_, terlihat seorang gadis sedang makan ikan mentah dan kelihatan ikan tersebut masih berdarah. Ikan mentah berkenaan juga baru sahaja dibeli olehnya.
Menerusi penjelasan teman lelaki wanita ini, dia mengakui kekasihnya merasai ikan mentah tersebut kerana rasanya sedap seperti sushi.
Dia juga menafikan komen netizen yang mengatakan gadis itu membela saka. Lelaki ini juga menjelaskan bahawa teman wanitanya hanya merasai sedikit ikan mentah itu dan selebihnya mereka bagi kepada kucing.
“Tak heran kalau owner dah tak post lepas ni,” – netizen.
Rata-rata netizen risau dengan perangai pelik gadis itu, bahkan mereka juga seperti loya dan nak muntah kerana terbayangkan bau hanyir ikan itu. Ada juga netizen lain yang meminta lelaki itu membawa teman wanitanya berjumpa dengan ustaz untuk memeriksa keadaan kekasihnya.
Tambahan pula, ada seorang netizen berkongsi cerita kawannya suka makan ikan mentah dan setelah diubat ternyata kawannya mempunyai ‘benda’ lain.
Tak perlu bangga, tapi perlu dirisaukan
“Ni perkara tak perlu rasa bngga, tapi patot dirisaukan.. cuba2 bawak pegi jumpa ustaz atau yg pakar2 dalam bidang ni, ” komen netizen.
“Tak nak kaitkan dengan saka pun tetapi its not a healthy style la sebab tak cuci dengan darah apa semua kan so better nanti elakkan tau,” tulis netizen.
Berikut antara komen lain dari netizen:
The post “Ghisau Nanti Dia Makan Kau” – Perangai Pelik Gadis Makan Ikan Mentah Berdarah appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment