Adakah anda pernah melihat objek besar terapung di atas permukaan air dan hairan bagaimana perkara ini berlaku?
Sekiranya anda mempelajari sains, anda akan mempunyai ilmu dan penjelasan detail mengenai keadaan tersebut.
Situasi ini sama seperti video yang tular di aplikasi Tiktok, perkongsian seorang wanita yang berjaya mengapungkan diri tanpa tenggelam ke dalam sungai.
Berikut di bawah video tersebut:
Wanita terapung di atas permukaan air
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang membentangkan tikar plastik di atas permukaan air.
Malahan, air sungai kelihatan tenang dan persekitaran angin yang sepoi-sepoi bahasa. Kemudian, wanita ini melemparkan sebiji bantal dan terjun ke dalam sungai bersama sehelai selimut kecil.
Menariknya, dia langsung tidak tenggelam dan berjaya terapung bersama tikar tersebut. Dia juga dibawa arus sungai yang perlahan itu.
“Whattt bro no way” – netizen.
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen hairan melihat kedaan wanita itu yang kekal terapung.
Selain itu, segelintir netizen berpendapat tikar tersebut membantunya terapung dan ada juga mengaitkan keadaan ini dengan ilmu sains.
Ada juga netizen yang tertanya-tanya bagaimana wanita ini boleh kembali ke atas daratan.
“Why is no one talking about the fact that she stayed afloat???” – ujar seorang netizen.
“Everything went well, until a crocodile came,” tulis seorang pengguna.
“Cuba masa titanic nak tenggelam bende nie ade xde lah orang lemas,” tulis seorang lagi pengguna.
Berikut antara komen netizen:
The post ‘Otak Aku Cuba Mencari Buaya’ – Netizen, Wanita Terapung Di Atas Permukaan Air, Menimbulkan Tanda Tanya appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment