loading...

Tuesday, 15 March 2022

Siaran Episod ‘Kak Long Viral’ Di TV Alhijrah Ditangguhkan

Rate this post

Sebelum ini, tular video yang melibatkan seseorang yang dikenali sebagai ‘Kak Long’ yang menjadi ‘terkenal’ selepas memuatnaik video membuat kekecohan di sebuah kedai serbaneka 7Eleven.

Berikutan itu, Kak Long telah dijemput menjadi tetamu undangan dalam satu rancangan TV Alhijrah namun mendapat kecaman hebat netizen.

Nampaknya, menerusi satu perkongsian Facebook rasmi stesen TV tersebut, pihak mereka akhirnya membuat keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod berkaitan wanita berkenaan.

Sumber foto – Facebook/PU Amin

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan TV Alhijrah menjelaskan bahawa reka bentuk ‘Program Trending’ di saluran tersebut merupakan satu program yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

Kehadiran Wan Nor Baizura atau Kak Long di studio itu dikatakan turut ditemani Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang merupakan panel yang berperanan memberi tausiyah, teguran dan pengajaran kepada wanita tersebut berhubung isu yang dialami.

“TV Alhijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut.

“TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” tulis kenyataan tersebut.

Dilihat di ruangan komen, kenyataan yang dikeluarkan oleh stesen TV ini mendapat pelbagai respon daripada netizen yang berharap episod itu akan terus dibatalkan dan ada juga yang memberi cadangan agar pihak stesen TV menjemput kakitangan 7Eleven yang terlibat dalam isu ini.

The post Siaran Episod ‘Kak Long Viral’ Di TV Alhijrah Ditangguhkan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...