Pada hari ini, kebanyakan rakyat terpaksa hidup susah bahkan ada yang dibuang kerja.
Situasi lebih menyedihkan lagi apabila mereka tidak mampu menyewa rumah dan terpaksa tidur di tengah panas.
Baru-baru ini tular mengenai rakaman video di mana anak-anaknya terpaksa tidur beralaskan tikar.
Berikut di bawah video tersebut:
Seorang wanita @nuruleifa9543, berkongsi kisah duka keluarganya dimana dia tidak mampu menyediakan tempat tinggal untuk anak-anaknya.
Menerusi video tersebut, terlihat beberapa anak remaja tidur di tengah panas dengan berselimut tebal.
Dia juga rasa bersalah apabila melihat keadaan anak-anaknya yang hidup susah sehingga terpaksa tidur beralaskan tikar di tepi jalan.
Difahamkan, wanita ini telah dihalau keluar sejak 4 bulan yang lalu. Malahan, dia telah diberhentikan dan masih mencari kerja.
Keluarga terdekatnya juga tidak pernah mengambil berat mengenai keadaannya. “Saya boleh cakap kami sekelurga tidur kat RNR juru atau pun kat RNR Gurun,” ujar wanita ini dalam ruangan komen.
Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib keluarga ini dan ada juga yang ingin menghulurkan bantuan demi meringankan beban keluarganya. Segelintir netizen juga sangat baik hati sehingga menawarkan kerja untuknya. Namun begitu, beberapa bantuan tidak dapat diberikan kerana wanita ini tidak dapat menjawab beberapa soalan dari netizen.
“Ya Allah kesiannya..rumah saya kosong ada kat kedah..awak kat mana?” ujar seorang netizen.
Berikut antara komen lain dari netizen:
The post “Mama Minta Maaf…” – Anak Terpaksa Tidur Di Tepi Jalan Beralaskan Tikar appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment