loading...

Monday, 7 March 2022

Tinggal Beberapa Jam Akad Nikah, Bakal Suami Hanya Tinggalkan Mesej

Rate this post

Sebelum perkhawinan, bakal pengantin sering diuji dengan pelbagai masalah. Oleh sebab itu, Islam menekankan untuk terus bernikah, kata orang tak elok bertunang lama-lama.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi bagi pasangan yang belum berkahwin, kerana tempoh pertunangan adalah tempoh paling sukar dalam sesuatu perhubungan.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi status di laman TikTok, tentang dugaan sebelum majlis akad nikah yang dihadapinya sebelum ini.

@iekinr8

pergi rumah dia trus trduduk nmpk dia tkde. skrg da redha.. save sini sbg peringatan in future & nak clear gallery phone #fypシ #foryou #sarawakian

♬ suara asli – midoublel_en – midoublel_en

Menurut akaun @iekinr8, dia ditinggalkan oleh bakal suami di pagi hari pernikahan mereka. Siapa sangka, dugaan sebelum akad nikah jauh lebih serius daripada yang kita bayangkan.

Wanita itu menjelaskan dalam video itu bahawa bakal suaminya telah menghantar mesej memberitahunya bahawa dia tidak akan dapat meneruskan majlis perkahwinan mereka.

Bakal suami memberitahunya bahawa dia tidak dapat melupakan bekas kekasihnya dan dia memutuskan untuk melarikan diri pada hari akad nikah mereka.

Disebabkan peristiwa itu, wanita ini mengalami tekanan. Dia juga pernah membuat keputusan untuk melakukan hal buruk dan cuba menamatkan hidupnya.

Namun begitu, atas dorongan rakan-rakan dan keluarga yang selalu memberikan semangat kepadanya, dia kembali bangkit meneruskan hidup.

Sumber TikTok

“Aku sedih tengok kau macam ni, aku cuma boleh cakap dari jauh, kau kena kuat, kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama,” pesan rakannya.

Rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat kepada wanita ini untuk terus meneruskan hidup. Ada juga netizen yang memberitahu dirinya berhak mendapat lebih baik dari itu.

Berikut antara komen lain dari netizen:

Sumber TikTok

The post Tinggal Beberapa Jam Akad Nikah, Bakal Suami Hanya Tinggalkan Mesej appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...