loading...

Wednesday, 16 March 2022

“Mama Ingatkan Jatuh Katil, Patah Tangan” – Wanita Terkejut Berus Gigi ‘Terbenam’ Pada Pipi Anaknya

Rate this post

Ibu bapa haruslah peka dengan persekitaran anak-anak termasuk ketika mereka makan, bermain dan lain-lain.

Mereka juga hendaklah sentiasa berwaspada dan melindungi anak-anak dari perkara yang buruk.

Semalam tular di aplikasi tiktok mengenai kisah kanak-kanak ini yang menjadi iktibar kepada ibu bapa.

Berikut di bawah video tersebut:

Menerusi video yang dimuatnaik, ibu kepada kanak-kanak itu memberitahu bahawa berus gigi tercacak pada pipi anaknya.

Pada awalnya, wanita ini menyangka anaknya jatuh katil dan patah tangan. Namun begitu, lain pula yang berlaku. Rupa-rupanya berus gigi terbenam pada pipi kiri anaknya semasa dia terjatuh.

Dia masih ‘cool’ macam tak sakit dan terpaksa berpuasa

Dia bersyukur pipi anaknya tidak tembus atau terkena pada tekak anaknya. Pada jam 11 pagi dia membawa anaknya pergi ke klinik, namun doktor tidak berani memegang anaknya dan menyarankan kepadanya bawa ke hospital.

Selepas 8 jam di wad hospital, anaknya langsung tidak menangis walaupun sedang dalam kesakitan. Wanita ini juga kasihan melihat keadaan anaknya yang terpaksa menahan lapar dan berpuasa.

Nasib baik jadi depan mata

Majoriti warganet prihatin melihat keadaan kanak-kanak ini dan menjadikan sebagai peringatan. Mereka juga mendoakan semoga kanak-kanak ini cepat sembuh. Dalam pada itu, ada juga netizen bimbang dengan keadaan anak mereka apabila bermain peralatan yang tajam.

“Sebab ni la saya selalu overthinking bila nampak bebudak lari sambil pegang benda especially yang tajam,” – netizen.

“Benda macam tak bahaya, peringatan untuk saya jugak sebagai ibu, moga cepat sembuh ya sayang, kesiannya dia,” komen netizen lain.

Berikut antara komen dari netizen:

The post “Mama Ingatkan Jatuh Katil, Patah Tangan” – Wanita Terkejut Berus Gigi ‘Terbenam’ Pada Pipi Anaknya appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...