loading...

Tuesday, 22 March 2022

‘Papa U Are Strong Man’ – Bapa Hilang Keluarga Dalam Nahas Pesawat China, Buat Ramai Sebak

Sebuah pesawat China Eastern Airlines yang membawa 133 penumpang dan anak kapal terhempas di barat daya China pada isnin yang lalu.

Ketika kejadian berkenaan, pesawat jenis Boeing 737 ini dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan China (CAAC). Jumlah mangsa terkorban juga belum dapat dipastikan.

Hari ini tular di aplikasi TikTok mengenai satu video, kelihatan seorang bapa sedang menangis mendengar berita duka mengenai keluarganya.

Berikut di bawah video tersebut:

“He’s son inside that plane.” – Netizen.

Menerusi video tersebut, terlihat seorang bapa sedang menunggu berita mengenai keluarganya di lapangan terbang lantaran insiden pesawat China tersebut. Lelaki ini kelihatan menangis dan meraung selepas menerima berita sedih itu.

Dalam pada itu, lelaki ini telah kehilangan isteri dan tiga orang anaknya yang maut akibat nahas itu.

Difahamkan, pesawat tersebut baru berusia 6 tahun dan ketika di atas bandar Wanzhou pesawat ini dikatakan terputus hubungan dengan menara kawalan.

“Just only in one time his family gone together, felt that pain too,” ujar seorang netizen.

Rata-rata netizen turut bersedih atas tragedi yang menimpa lelaki ini dan mengucapkan takziah atas kehilangannya. Mereka juga berharap lelaki ini bersabar dan tabah menghadapinya.

“Papa u are strong man, I’m from Malaysia, pray for u all.. god bless u papa, be strong, I’m still u son, I’m here at Malaysia can call u papa,” tulis seorang netizen.

“Sedih tengok ayah ni menangis dengan anak dia ada bersama flight yang terhempas itu,” komen seorang pengguna.

Berikut komen dari netizen:

komen-netizen-mengenai-pesawat-China
Sumber – TikTok

The post ‘Papa U Are Strong Man’ – Bapa Hilang Keluarga Dalam Nahas Pesawat China, Buat Ramai Sebak appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...