Masyarakat haruslah menjaga hubungan sesama jiran tetangga dan sentiasa menghormati antara satu sama lain.
Selain itu, jiran juga dapat membantu anda ketika anda mengalami kesusahan atau ditimpa musibah.
Jiran yang baik menjamin keharmonian masyarakat setempat dan kehidupan lebih aman damai.
Tidur terganggu bunyi bising dari dewan
Beberapa hari lalu, tular mengenai video kisah seorang gadis yang telah tidur namun terjaga dari tidurnya disebabkan bunyi bising dari majlis pernikahan jirannya. Dewan itu juga berhadapan dengan rumahnya.
Menurut pemilik video, difahamkan rakannya meluahkan rasa tidak puas hatinya di aplikasi Whatsapp.
Tambahnya lagi, bunyi bising di dewan itu bermula dari jam 8.30 malam dan berterusan sehingga menjelang pukul 12 tengah malam.
Membaling beberapa biji mercun bola
Pada awalnya, gadis itu ingin menyerang dewan tersebut namun agak mustahil. Oleh sebab itu, dia menggunakan taktik tersebut iaitu membakar beberapa biji mercun bola supaya pihak pengantin di dewan itu faham akan niatnya.
Difahamkan, taktik yang digunakan oleh gadis ini berkesan dan ternyata dewan menjadi senyap dengan serta merta selepas kedengaran bunyi mercun itu.
Rata-rata netizen berpendapat taktik yang digunakan gadis ini berkesan dan tidak semua berani menegur jiran mereka.
“Tindakan yg bgus…sebb klo bg thu guna mulut xdgr biasanya,” tulis seorang pengguna.
“Ye laa weh , nak seronok tu tkde hal sbb bknnya selalu tp pk laa smpai pkul 12 tu dah melampau org nk tido nk kerja esok , kot ada baby ke ada org tua,” ujar warganet.
Berikut di bawah video tersebut:
Sambungan bahagian kedua:
Berikut komen dari netizen:
The post Gadis Baling Mercun Bola, Gara-gara Terjaga Bunyi Bising Dari Kenduri Di Dewan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment