loading...

Wednesday, 23 March 2022

Ditipu Oleh ‘Kekasih Dari Korea’, Lesap RM3.9 Juta Peninggalan Suami

Diperdaya oleh ‘kekasih dari Korea’, eorang wanita berusia 63 tahun di Georgetown kerugian RM3.9 juta sejak empat bulan lalu.

Mangsa yang tidak bekerja itu melakukan 184 transaksi kepada kekasihnya sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily berkata terdahulu, mangsa mengenali suspek yang berusia 40-an menerusi laman sosial Instagram sebelum meneruskan perhubungan menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, lelaki berkenaan mendakwa berasal dari Korea serta bekerja di sebuah pelantar minyak.

“Suspek turut berkongsi videonya ke tempat kerja menyebabkan mangsa tertarik bagi mengenali lelaki berkenaan.

“Suspek kemudian menawarkan kerjasama mangsa dalam sebuah projek dan mendakwa memerlukan sejumlah wang,” katanya.

Memetik dari laman Hmetro lagi, difahamkan setiap transaksi yang dilakukan berjumlah antara RM9,000 hingga RM50,000 menerusi 19 akaun bank tempatan.

Mangsa menyedari tertipu selepas curiga melihat foto suspek ketika melayari Internet sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada 17 Mac lalu.

“Kesemua wang yang terbabit adalah milik mendiang suaminya yang disimpan hasil bekerja sebagai ahli perniagaan.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah terjerat dengan ‘love scam’ yang akhirnya menyebabkan kerugian sejumlah wang,” – Datuk Mohd Shuhaily, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

The post Ditipu Oleh ‘Kekasih Dari Korea’, Lesap RM3.9 Juta Peninggalan Suami appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...