loading...

Thursday, 24 March 2022

‘Kecil-kecil Dah Body Shaming’ – Kanak-kanak Mengadu Dipinggir Rakan Di Sekolah

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anaknya, malah mereka sentiasa berusaha membahagiakan anak-anak.

Malahan, ibu bapa juga merupakan teman dan pendengar yang terbaik buat anak-anak. Hati seorang ibu akan luluh mendengar rintihan anaknya.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, perkongsian seorang wanita mengenai kisah anaknya.

Berikut di bawah video tersebut:

@cintaaini96

sedih dan sayunya hati bila org kata mcm² kat anak … ank dh semnagat nak ke sekolah sampaikan xnak ke sekolah 😔…. baru darjah 1 dah pandai membuli ngn kata😪#viraltiktok

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Rakan tidak ingin dekat, anak berkulit hitam

Menerusi video tersebut, seorang wanita memberitahu bahawa anak perempuannya yang berusia 7 tahun mengadu kawan-kawannya tidak ingin berkawan dengan anaknya, disebabkan dia berkulit hitam.

Lebih menyedihkan lagi, rakan-rakannya turut memakinya. Keadaan kanak-kanak itu sangat memilukan hati ibunya.

“Kakak buktikan yang suatu hari nanti kakak lebih berjaya dari kawan-kawan kakak,” ujar wanita ini memberi semangat kepada anaknya.

“Kulit dia lawa cantik, kena bagi kata-kata positif” – netizen.

Melihat tinjauan ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan anaknya dan berpendapat anaknya lawa.

Ada juga segelintir netizen, yang berkongsi pengalaman pernah dibuli dan menyarankan supaya dia memberitahu guru kelas anaknya.

“Tak faham zaman sekarang ni..suka body shaming org lain..tak kira peringkat umur..btw sayang, awak manis orangnya..abaikan smua tu k,” ujar seorang pengguna.

“Budak sekarang.. bukan takat fizikal, jenis kereta, jenama kereta, rumah berapa tingkat.. itu digaduhkan.. memang pedih dengar,” komen pengguna lain.

“Nanti sis bgtahu dia . kulit dia lawa cantik. Kena sentiasa beri kata2 positif dekat dia supaya dia x rendah diri gara2 ejekkan org lain,” luah pengguna.

Berikut antara komen dari warganet:

The post ‘Kecil-kecil Dah Body Shaming’ – Kanak-kanak Mengadu Dipinggir Rakan Di Sekolah appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...