loading...

Monday, 28 March 2022

‘Respect Cara Dia Tegur..’ – Gadis Tak Melenting Jumpa Lipas Dalam Hidangan

Pelbagai perkara boleh berlaku ketika anda sedang menikmati hidangan di kedai makan.

Contohnya, makanan lambat sampai, tiada staff melayan anda, terjumpa sesuatu dalam makanan dan sebagainya.

Anda seharusnya menegur dengan baik jika ada hal yang tidak menyenangkan atau hidangan tidak sesuai dengan cita rasa anda.

Hari ini, tular di aplikasi TikTok, perkongsian seorang gadis yang mendapat perhatian netizen.

Berikut di bawah video tersebut:

@at_bie

Semenjak kejadian lipas terbang , segala serangga sangat berminat dengan aku 🥲

♬ original sound – At_Bie – At_Bie

Gadis tegur staff dengan sopan

Menurut pemilik video, ketika dia sedang merakam live, seekor lipas berada dalam makanannya.

Gadis ini menjelaskan dia baru perasan lipas tersebut semasa hendak menghabiskan hidangan mee udangnya.

Pekerja tersebut memberitahu bahawa dia tidak nampak dan gadis ini juga tidak nampak kehadiran lipas tersebut kerana dia makan dalam gelap.

Malahan, sikap gadis berambut pendek ini yang menegur staf dengan sopan mendapat pujian dari netizen.

“Reaction abang ni masa tu macam penampakan kak limah,” ujarnya dalam video.

“Customer gini lah aku nk kat kedai aku” – netizen.

Tinjaun di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap sopan gadis ini yang tidak mudah marah dan gadis ini turut menasihati staf itu supaya lebih berhati-hati. Dia juga menghormati sikap staf lelaki itu yang slow dan humble.

Ada juga segelintir netizen membandingkan personaliti gadis ini dengan sikap kak long yang mudah maki orang lain.

“Baik nya cara menegur. Kalo kaklong 7e mampus terangkat meja kedai tu” – netizen.

“Akhlak dia cantik. so, jgn nilai seseorang dari luar. respect,” tulis pengguna lain.

Berikut di bawah komen netizen:

reaksi netizen gadis tegur dengan dengan sopan
Sumber – TikTok

The post ‘Respect Cara Dia Tegur..’ – Gadis Tak Melenting Jumpa Lipas Dalam Hidangan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...