loading...

Wednesday, 9 March 2022

Pelanggan Kongsi Sotong Restoran Mamak Harga RM100, Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak

Rate this post

Sebelum ini, pernah tular mengenai harga sotong dan kepala ikan yang terlalu mahal dan turut mendapat kritikan netizen.

Namun, perkara tersebut telah mendapat penjelasan daripada pihak restoran terbabit.

Rata-rata restoran yang menghidangkan makanan laut sebenarnya mempunyai harga yang tinggi kerana bahan mentah yang digunakan adalah segar dan juga mahal di pasaran.

Ini bukan kali pertama harga makanan mahal di restoran disebarkan oleh netizen di laman media sosial.

Jika sebelum ini ada yang pernah rasa tertipu dengan harga gulai kepala ikan dan sotong di restoran mamak.

Baru-baru ini, seorang kelasi telah memuat naik gambar resit makanannya dengan harga sotong goreng bersaiz besar dengan harga RM100.

“Rm100 sotong goreng,” tulisnya, dipercayai pelanggan restoran itu dalam satu tweet.

Dalam perkongsian itu, dia turut memuat naik gambar resit makanannya yang berjumlah RM108.30.

Selain sotong goreng yang berharga RM100, lauk lain yang diambilnya ialah kobis dan telur masin, berserta nasi putih.

Berdasarkan butiran lokasi dan masa yang tertera pada resit, kejadian berlaku di Restoran Hameediyah, Lebuh Campbell, Pulau Pinang pada petang Isnin (7 Mac).

Bagaimanapun di sebalik perbincangan ini, ramai netizen mempertikaikan motif sebenar kelasi itu.

Sebabnya, dia dilihat memuatkan resit di belakang kereta dengan jelas jenama model kenderaannya.

“Yang penting ambil gambar duit sotong RM100 di belakang simbol kereta api Honda. Adakah anda mampu membelinya? Bayar saja, nak bising buat apa?

“Yang penting ambil gambar bil sotong RM100 belakang lambang kereta Honda. Kau mampu kan? Bayar ajelah nak bising buat apa. Dah tau pi mamak penyakit dia jangan nak ambil sotong ke ketam. Kalau nak murah makan nasi lauk telur dadar dengan sayur ajelah, settle.”

“Takpe… mampu bawa kereta ‘H’ confirm bayar sotong harga RM100 takde hal.”

“Motif ambil gambar sebelah emblem Hnda Cvic Type R?” demikian antara komen netizen.

Ada juga netizen prihatin turut mencadangkan pengunjung restoran mamak agar bertanyakan harga sesuatu hidangan terlebih dahulu sebelum bertindak ‘berani’ tanpa usul periksa.

“Hameediyah memang mahal lagi-lagi sotong besar-besar tu. Kena tanya harga dulu baru ambil.

“Nasi kandar kalau ambil sotong memang kena getah la. Better ambil ayam atau daging ja.

“Standard. Kambing pun RM200,” kata seorang lagi netizen.

Untuk rekod, sebelum ini pernah juga tular isu yang sama membabitkan harga sotong goreng di restoran yang sama.

Dalam hantaran di instagram itu, pelanggan wanita tersebut tidak mengatakan apa-apa dan hanya memuat naik gambar resit dan makanan dan tiada sebarang kapsyen merujuk kepada harganya.

The post Pelanggan Kongsi Sotong Restoran Mamak Harga RM100, Tapi Lain Pula Yang Netizen Nampak appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...